assalamualaikum ...
Alhamdulillah i'm home :)
aku tenghah cuti midsem , tapi cuti 2 in 1 biasalah habis cuti ni banyak assignment nak kena submit pastu dengan midterm lagi . tu aku tolak tepi .
aku study pasal economic mikro and macro so bila bab-bab economy ni aku kenalah amik tahukan contoh mamcam kat apa yg terjadi kat Malaysia sekarang ni , banyak betul spekulasi dari mulut semua orang termasuk aku , petang tadi aku dengar berita yang malaysia bakal mengalami inflasi , yes bagi aku itu logik sebab yelah sekarang pon dah tahu sendiri berapa harga ringgit malaysia sekarang dengan harga minyak dunia jatuhnya . macam-macam lagi
kalau bab-bab ekonomi ni dlm family aku , aku dengan ayah aku jela yang berdebatnye sebab kami belajar benda yang sama , ayah aku memang peka soal ekonomi ni , adik-adikku budak sains so dorang tak masuk campur .
petang tadi aku masa lepas balik kg dalam kereta , bukak radio keluar berita pasal inflasi tu , so aku pon cakap itulah inilah , lastly ayah aku cakap yang ini dah ketentuan Allah , Allah dah rancang dari awal lagi , manusia akan mendapat kesusahan di akhir zaman , ini tak sampai peringkat yang kritikal lagi , peringkat yang kritikal ialah apabila berlaku tanam-tanaman tak boleh nak hidup dan tumbuhan banyak yang mati jadi manusia kelaparan serta kemarau dan datanglah d***** . i bet korang tahu cerita selepas tu macam mana . kalau tak tahu tanyalah orang yg lebih mengetahui , jgn percayakan pakcik google sangat.
jika kita lihat sekarang ini telah berlaku gerhana matahari , serious aku takut gila masa tu sebab aku takut tak muncul siang dah . masa tu aku ada kelas so tak sempat rasanya aku nak buat solat sunat gerhana matahari . aku rasa menyesal sangat .
sekarang jugak berlaku fenomena el nino . panas ........ paling teruk kat malaysia dekat kedah dengan perlis lah , masa aku belajar kat kedah dulu bulan2 macam ni mmg panas rumput pon kuning jee , hujan pon jarang gila , biasa kalau aku nak pergi kelas pagi pukul 7 lebih ada kabus tebal , tapi masa tu takde , apa tah lagi sekarang berlipat kali ganda panasnya . masyaAllah .
hari demi hari aku tengok dekat langit bertapa besarnya ciptaan Allah SWT , aku fikirkan sekarang dunia yang semakin tenat , manusia yang semakin lalai , iman yang semakin goyah ... aku merasakan bahawa kiamat dah dekat boleh terjadi pada bila2 masa sahaja , aku sering dapat mimpi-mimpi yang sukar untuk aku ceritakan kepada sesiapa , aku mimpi betapa seramnya betapa takutnya aku bila kiamat berlaku , aku tidak tahu nak ceritakan kepada siapa , bayangkan kau bangun tido dan ceritakan mimpi kau dekat roommate , aku rasa mesti dorang x tahu nak cakap ape , jadi aku pendam diam2 . mungkin itu adalah salah satu warning untuk aku agar terus berusaha untuk beristiqamah dan menjadi hamba Allah yang solehah .
sebagai seorang young adults, mesti banyak halangan dan dugaan yg perlu ditempuhi . yes, malas itu mmg sudah menjadi penyakit manusia sekarang ini . ajak tengok movie je laju , bila ajak jemaah sama2 liat , nak suruh jadi imam sampai kesudah mengelat , bila nak makan tak kira masa , nak dengar ceramah , masjid jauh , surau kecik . nak khusuk dalam solat apa tah lagi terfikir pulak malam ni nak makan apa dan kat mana , apa yang terjadi lepas episod itu ini , esok nak kena present apa kat depan lagi satu masa lepas amik wudu ada orang buat bulatan dan kita pon curious dan terusn join dorang bergosip sampai terlupa yang dah amik wudu pastu terus solat , mcm mana tak tenang. semua itu mmg kita semua lalui , sebab apa , sebab niat tu , aku rasa before solat kena clearkan mind kita untuk lebih khusuk dan sentiasa ingat before solat "aku nak jumpa Allah" . jadi fikiran kita pon fikrkan apa yang kita cakap . inshaAllah . luangkan lah masa sikit lepas solat berzikir , at least seminggu ada baca al-Quran satu page pon takpe , yang penting kita faham dan amik apa yang disuruh oleh Allah dan tinggalkan laranganNya . inshaAllah .
aku harap aku dapat sempurnakan segala suruhan Allah selagi aku masih hidup.
bye.
Monday, 28 March 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)