Perkara pertama sekali aku nak marah dekat diri aku sendiri sebab mudah sangat percaya kat orang. Tak fikir dulu sebelum buat, lepas tu nampak diri sendiri macam orang bodoh. Masalah jugak dengan aku yang peramah ni, bila bercakap susah nak berhenti 😓😓.
Pastu terlepas benda-benda yang tak sepatutnya, dah banyak kali dah remind dekat diri sendiri jangan bukak aib orang nanti orang bukak aib kita, tapi aku ni hmmm.
cantik kan Melaka River Crusie waktu malam nanti aku nak honeymoon kat sini hoho kalau tak dapat pergi Sabah sini pun jadi. ahahaha. cuti kali ini aku tak dapat nak cuti cuti malaysia sangat sebab family aku busy ada program itu ini lah ape lah, haritu pon dapat kejap je itupun aku rasa lebih banyak luangkan masa atas jalan, traffic jammed.
Tambahan pula, dengan ahli keluarga aku yang tak cukup, kurang seorang. yelah bila kita dah semakin besar ni banyak hal yang kita perlu korbankan.
Tapi aku bersyukur kerana aku masih ada peluang untuk bersama-sama dengan keluargaku walaupun tidak seperti yang aku impikan. Rindu laa pulak. Selalunya kalau aku rindu, aku terus call parents aku, tapi sekarang aku sorang-sorang kat sini nanti menyesal tak sudah.
Masa kau tengah sorang-sorang ni lah kau akan terfikir, sebelum ni aku ada kawan (roommate aku tak balik agi), bila kawan kau tu tiada dengan harapan orang lain will be there for you, akan sentiasa ambil berat pasal kau makan ke tak boleh ke tak tidur sorang-sorang, kalau bernasib baik ada kalau tak padan muka.
Macam aku sekarang dulu tahu maksud berdikari tanpa family, but sekarang aku tengah belajar berdikari tanpa kawan. "Sometimes we need our own space" itu berbeza. Dulu aku tak alert dengan semua ni aku fikir dia ni ada dia ni ada so don't worry, but now in reality we have to face it alone. Sama jugak nanti kita dekat dalam kubur sorang-sorang.
Patutla haritu kawan aku ada cakap dengan aku, "bila boyfriend dia takde bila aku takda as a bestfriend jauh macam mana aku nak lalui semua sorang-sorang", mungkin macam ni apa yang aku tengah rasa sekarang ini.
Mungkin kita tersilap langkah dalam membuat sesuatu keputusan, tetapi memang akan ada hikmah disebaliknya, mungkin kita akan mempelajari sesuatu, mungkin Allah hendak uji kita macam mana kita mampu melaluinya. Aku memang nak salahkan orang lain dalam sesuatu benda yang aku lalui gagal, tapi aku silap aku tak pernah nampak apa yang aku buat itu salah dan aku selalu nampak apa yang orang lain buat itu semuanya salah. itulah manusia selalu mencari kesalahan orang lain tapi tak cermin diri sendiri dahulu.
lepas ni wahai diriku sendiri, jangan mudah percaya dengan orang, kejap aku dipermainkan ? salah anggap ? ni la lagi satu cover la sikit kalau kau suka kat seseorang tu, memang kau tak pernah kata tapi tindakan kau tu yang membuatkan orang disekeliling kau nampak ! malu la sikit dekat diri sendiri dulu kata ini kata itu akhirnya memang kau buat juga. *warning to myself
masalah jugak dengan aku orang yang jenis kuat perasan dengan senang sangat nak jatuh cintan dengan orang jatuh cinta kat maggi cintan cukuplah hishh aku ni.
senangnya kalau buat assignment kalau dapat taip laju macam aku taip entry ni senang idea tu laju je datang. manakan tidak, apa yang aku taip ni datang dari hati. kalau assignment tu kena datang dari otak yang lama tak pergi service tu hmmm.