Thursday, 10 August 2017

BASUH PINGGAN !!!

- August 10, 2017 0 comments
Assalamualaikum

Bertemu kembali pada minggu ini, anda sihat ? Saya pun sihat Alhamdulillah dan saya tengah berusaha untuk menurunkan berat badan. Yeahhh !!!! So far so good. Terlampau banyak cabaran dan dugaan yang saya hadapi dalam dua minggu ni. Tapi entry kali ini bukan itu yang saya nak tujukan.

Entry kali ini adalah mengenai 
BASUH PINGGAN !!!


Okay isu ni memang selalu dikupaskan semasa hari raya, kenduri, open house dan sebagainya. Tapi kali ini aku sangat sangat tidak puas hati kepada orang yang memang tak reti nak basih pinggan tak kira lah kau tu tua ke muda ke apa, tapi kalau parents kau suruh basuh pinggan mereka, yes you got to do that because we cannot disobey our parents. Lagi satu kalau tetamu yang jarang jarang ke rumah, memang kita harus layan tetamu. Okay itu tetamu. Sekali sekala.

Ini adik beradik dan sepupu dan saudara mara yang akrab kali ketemu dan saling ziarah menziarahi. Adik beradik, ye aku kakak yang sulung memang akan diberi arahan oleh parents aku untuk buat itu ini. Okay that's my responsible. Tapi apa yang aku tak boleh terima di sini, aku dah basih pinggan lepas aku makan dan kemas semua yang ada dekat dapur tu. Tak lama kemudian, bersepah balik dapur tu. Apa yang aku paling marah buang sampah dekat dlm singki wth !!!!! Padahal tong sampah mmg khas untuk sisa makanan dan plastik makanan ada kat sebelah tu just bukak je penutup dia !itu pun tak boleh buat ke, lepastu kalau kau dah habis makan, basuh pinggan , basuh la sekali dengan sudu garfu dan gelas kau tu, kalau ada pinggan tak basuh, basuhkan. Itu pun susah ke. Oleh kerana itu aku membebel bagai nak rak haritu aku rasa macam nak nangis.

Mereka kata dekat aku "buat kerja tu kena la ikhlas, kakak bukan buat apa apa pun kat rumah" itu membuatkan lagi aku naik angin, lepas tu pertengkaran berlaku. Hello ! Tahu ke apa yang aku buat dalam sehari. 

Apa yang aku nak sampaikan dekat sini adalah, aku memang tak kisah kena basuh pinggan ke apa, tapi tolong laa jaga perasaan, hargai kami, bukan ya buat kami macam orang gaji, rumah kita sama-sama kita jaga kita pelihara. Dekat sekolah bukan main jadi pengawas berdisiplin bagai pijak semut pun tak mati. Tahu tak dari basuh pinggan lah kau belajar cara berdisiplin, jadi pembersih, aku just nak ajar adik aku supaya mereka ada disiplin, bayangkan kalau hari hari mereka buat mcm tu dan masa tu aku tiada, mahu jadi tempat pembuangan sampah aku rasa.

Dekat dunia ni tiada yang senang, kalau pinggan pun tak reti basuh manakan hati kau dapat basuh hari hari. Etika sudah belajar tapi amali nya setiap hari ? Khayalan semata-mata. Bibir manis belaka bila berbicara sampai menunjukkan personaliti yang sempurna, tapi dibelakang tabir tipu belaka.

Segalanya bermula dengan DISIPLIN 😘



Xoxo

L
 

gadisKismis Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review