Alhamdulillah hari ini aku masih bernafas , syukur ke hadrat Ilahi .
lagu ni Don't Forget Allah- Farid Sanullah sebagai pedoman buat semua .
banyak lagi lagu yang Farid Sanullah nyanyi yang boleh buat jadi peringatan dan lagunya sangat tenang .
hari ini aku bukan nak cakap pasal Farid Sanullah , tapi pasal apa yang aku rasa sekarang ni.
petang tadi aku minum petang bersama parents aku , program kalau dah jodoh utz Kazim Elias menjadi pilihan untuk ditonton pada petang tadi , ceramah hari itu mengenai cinta (aku tak tahu tajuk sebenar) sebab aku tengok di tengah-tengah rancangan , biasa intipati yang aku dengar ialah budak muda di sekolah sekarang ini budak-budak sudah berpacaran dan sedang berimaginasi mengenai perkahwinan and so on . di alam universiti pulak bercouple and bla bla , cerita belajar itu adlah satu jihad , aku tahu yang itu dan itu yang aku akan sematkan dalam hati belajar kerana Allah . lagi ibu aku cakap yang kerja dulu baru dating . itu bagi aku satu warning .
aku tahu aku boleh jaga diri aku , inshaAllah .. aku cuba untuk belajar ke arah itu , aku nak belajar dan dapat membanggakan ibu bapa aku , bantu ringankan ibu bapa aku , tolong adik-adikku yang masih belajar dan bagi bahu untuk mereka . itu yang aku nak buat . aku tidak berapa rapat dengan adik-beradik aku , masalah yang kami hadapi kami simpan begitu sahaja pendam atau luahkan dekat kawan tapi bagi adik bongsu kami lebih memilih kepada bagitau segalanya kepada ibu ku .aku tak kisah akan hal itu .
aku sebenarnya tiada kekuatan untuk hadapi semua inikadang kala aku rasa aku give up , yang akan ada di belakangku family aku , masa itu baru aku faham kenapa ibu ku selalu marah aku masa aku sekolah menengah , control social life aku tak bagi aku keluar sesuka hati tak mau dengarpun keluar dari mulut aku soal lelaki (aku tak pernah borak pasal lelaki dekat parents aku ) dan itu adalah yang berlaku kepada seluruh keluarga aku (semua sepupu aku ) , sebagai anak sulung aku tak pernah minta yang akan membuang duit atau masa aku , sebab aku faham keadaan keluarga aku , tapi parents aku tak pernah gagal berikan segala keperluan aku malah lebih dari keperluan aku . Alhamdulillah
segala kebahagiaan kami kongsi bersama kalau ada masalah aku berpura-pra tidak tahu sebab parents aku tak nak tunjuk depan anak-anak mereka semua , aku faham yang itu aku hanya mampu berdoa semoga Allah permudahkan urusan ibu bapa ku ,
sekarang , aku takut aku tak mampu nak bahagiakan parents aku , aku nak dorang dapat tunaikan haji . kadang di kala aku tiada semangat nak belajar atau aku dalam keadaan masalah yang sangat yang amat rumit bagi aku , aku akan fikirkan aku nak balas jasa ibu bapa aku . itu kekuatan aku .
realitinya aku tak berusaha sehabis mungkin , aku lagha dengan dunia , aku hanya nak lulus dalam exam , nak enjoy di tempat yang aku tengah belajar , tahu nak cepat habis kelas , tak study lepas kelas , tgk movie lah , gosip lah , stalk pasal crush lah,ape lah ... aku lupa dengan azam aku yang sebtulnya nak bahagiakan family aku . aku leka .
aku lupa apa yang dah aku lalui sebelum ini , betapa susahnya aku dulu kalau tidak kerana ibu bapaku yang beri semangat dekat aku , aku lalai , aku fikiraku dah masuk universiti sudah cukup tapi tidak , aku buang masa .
saat ini aku baru tersedar dari lamunan , aku hanya membuang masa cuti ni , aku tgk drama korea hari-hari , selepas aku tgk drama cinta teruna kimchi , aku terus sedar yang aku telah hanyut .
tiba-tiba aku rindu surau yang amat indah yang aku pernah jejaki semasa aku matrikulasi , aku rindu nak dengar azan yang amat menyentuh hatiku dan bacaan Yaasin yang amat merdu , aku rindu dengan solat jemaah , tazkira maghrib , bimbingan putri , bacaan surah al-mulk sebelum tidur dan mathurat setiap pagi .yang paling aku rindu , waktu berbuka puasa bersama-sama berzikir , first time in my life and i found it beautiful . aku bukan budak asrama aku hanya sekolah harian , jadi aku jarang menghadapi situasi tersebut. aku amat beruntung aku dapat kat sana.
aku akan berusaha selepas ini , aku nak tunjukkan apa yang aku mampu aku lakukan . inshaAllah .
aku perlu cari ilmu bukan ilmu cari aku , aku faham sekarang semuanya , aku harap aku akan buat sehabis mungkin walaupun ekonomi sekarang tengah gawat tanpa disedari . fighting !!!
selamat malam