Monday, 25 January 2016

private

- January 25, 2016
Assalamualaikum ...

aku baru lepas tgk ajl 30 and ayah aku takeover tv so aku pon fine dan buakak lappy rindu pulak nak post kat blog .

aku tgh pening dari petang tadi mungkin sebab aku minum ice blended green tea aku beli dekat pasar malam yang terlampau manis dan tak rasa langsung green tea dia sebab dia campur dengan oreo . lain kali tak nak beli dah pening gila minum.

so, today aku nak luahkan pasal aku punya  instagram account.
baru-baru ni aku buat satu lagi private instagram account dan orang tanya aku dah kenapa kau nak buat dua account mcm artis dah and so on .

aku tahu dan jelas aku bukan seorang yang  digelar "instafamous" sampai nak buat dua account bagai but actually aku tergerak hati nak buat satu lagi account lepas aku baca salah satu tweet kat twitter kat situ org tu taip pasal aurat perempuan . macam mana lelaki react dengan gambar perempuan cantik tak kira sapa perempuan tu . aku pon takut pulak bila baca . account aku yang first followers terdiri daripada kawan-kawan aku , family dan ada jugak orang yang aku tak kenal . aku punya post semua tutup aurat aku akan make sure aurat tertutup kadang aku edit bagi npk dia pakai handsock stokin bagai . secara tiba-tiba terlintas kat fikiran aku yang walaupun aku post gambar tutup aurat then lelaki ni insecure dengan orang yang ada dalam gambar tu (of course lah kawan aku yang flawless cantik bagai) dan dia teringat gambar yang aku post tu gambar dengan kawan aku tak ke aku rasa bersalah dan berdosa sebab pernah satu hari dulu kawan aku (lelaki) pernah tanya aku siapa kat dlm gambar yang kau post tu ? cantik arrrr. bila aku fikirkan balik seram weh . Astaghfirullahalazim .

justeru itu , aku pun dengan pantas delete post aku kat first instagram aku yang tinggal hanya gambar makanan , pemandangan dan gambar aku graduate matrikulasi dulu . kenapa aku tak delete gambar graduate matrik dulu sebab tu gambar satu kelas gambar tak berapa nak formal tapi dalam posisi fromal hahaha ape yang aku merapu ni gambar candid laa hahaah dan aku nak jawab pertanyaan kawan-kawan lama aku yang tanya perkembangan aku selepas sekolah menengah .
 account tu masih digunakan sebab aku pon nak follow kawan-kawan aku .

oleh yang demikian , aku buat satu private account yang baru di mana aku hanya follow kawan-kawan dan saudara-saudara perempuan i repeat perempuan sahaja lelaki tidak dibenarkan . tapi jangan fikir kau buat account untuk perempuan sahaja lelaki tak dapat tengok ? kalau kawan perempuan dia bagi tengok macam mana ? so kena jugaklah post gambar yang tutup aurat sebagai langkah untuk berjaga-jaga.

sekarang aku rasa lega sikit dan tak ragu-ragu nak post gambar selfie or video sebab semua followers perempuan dan aku harap yang tengok dan liked tu seorang perempuan. aku rasa aku dah buat sesuatu yang mencegah daripada keburukan . inshaAllah .

last , you know who you are .
make the best choices for yourself , others and of course as Muslimah .


xoxo




0 comments:

Post a Comment

 

gadisKismis Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review