Makin hari setiap detik saat aku berfikir perkara yang sama, aku rasa macam gila bayang dekat semua yang aku pernah nak kenali diri mereka, orang disekeliling diriku semua bicarakan hal tentang perasaan Cinta..
Mereka bertanya kepada diriku mengenai cinta dan tentang perasaan. Aku dengan selamba membalas seperti orang yang pernah bercinta walaupun tidak pernah sama sekali aku bercinta.
Sebelum ini aku tekad untuk tidak memikirkan hal perasaan ini dan aku berdoa agar minta dijauhkan perasaan yang tidak sepatutnya aku rasakan, tapi makin hari aku memikirkan tanpa henti.. aku tidak tahu bagaimana untuk tamatkan perasaan ini.
Mempunyai perasaan terhadap orang lain itu adalah fitrah dan itu adalah lumrah manusia yang kita tidak boleh elakkan. Bagi aku, aku sudah memilih orang yang salah untuk aku mempunyai terhadap mereka. Bukan seorang tetapi semuanya aku sudah salah pilih dan aku yang merasakan sakit itu.
Setiap kali aku pandang wajah mereka aku tersenyum dan pada masa yang sama aku fikir itu adalah benda yang salah. Bila aku keseorangan atau menonton drama, aku mula terbayangkan wajah mereka satu persatu. Oleh kerana itu aku jarang menonton drama Melayu sebab perwatakan mereka sama dan aku mula membayankan itu adalah mereka. Kenapa aku berkata 'mereka'? kerana aku mudah jatuh hati kepada seseorang, sekarang ni mereka adalah 5 orang..
Bila aku buka Instagram automatik jari aku akan menaip nama account mereka dan delete history, perkara itu berulang setiap aku membuka instagram oleh kerana itu aku jarang membuka aplikasi itu. Media sosial lain aku tidak mahu ambil tahu sebab aku tidak mahu sama sekali mengenali diri mereka.
Aku cuba untuk hilangkan semua perasaan ini tetapi aku tidak kuat untuk melupakannya...
Minta pandangan dari sahabat ?
Mereka semua tahu aku tidak mempunyai apa apa perasaan dan aku selalu happy depan mereka,
Bila aku hendak bicarakan soal hati mesti mereka anggap aku main-main,
Ya, bagi mereka aku seperti seorang yang tidak kisah soal cinta dan hati,
"Depan orang aku senyum, dalam hati menangis", bila aku jumpa ayat ini di media sosial aku sangat menyampah sebab kita tidak boleh berbuat apa-apa.
Pernah orang bertanya kepada kau adakah kau okay atau tidak ? bagi diriku sangat jarang dan aku boleh bilang berapa ramai yang pernah tanya aku.
Aku sunyi tiada siapa yang aku boleh ceritakan semua, keluarga ? ibu bapaku melarang untuk berbincang soal hati dan perasaan terutama sekali mengenai lelaki di depan mereka sejak aku sekolah menengah lagi mereka telah memberi amaran kepada aku. Terus aku tidak berani memberitahu mereka apa-apa mengenai masalah hidup aku.
Aku dalam keluarga aku adalah seorang yang ceria tanpa masalah, aku tidak mahu orang tuaku dan adik beradik aku melihat aku menangis di depan mereka, aku tidak mahu mereka sedih disebabkan aku.
Sahabat ? aku tidak pernah beritahu mereka walaupun seorang, kerana aku takut mereka tertawakan aku dan tidak melayan aku kerana bagi mereka aku seorang pendengar setia mereka, bear mereka dan happy go lucky, aku tak nak sebab aku mereka dibebani dgn masalah aku kerana mereka sudah cukup mempunyai masalah, aku hanya mahu melihat mereka tersenyum depan diriku dan itu adalah terapi untuk aku mempunyai semangat untuk mejadi seorang happy go lucky.
Kadangkala, bila ingatan aku telah diracuni syaitan mengatakan jika aku mempunyai seorang teman lelaki aku boleh ceritakan segala dan boleh sanyangi aku dan selalu rindui aku dan ada untuk aku tika aku sedih, senang dan dalam apa jua keadaan.
Kedengaran sangat indah, setiap kali itu jugak terlintas difikiran aku Allah ada untuk aku, dan fikirkan itu semua dosa. Jauh disudut hatiku aku menangis macam sekarang. Sebab itu kadangkala aku perlu ruang untuk bersendirian.
Aku yakin Allah SWT akan aturkan semua... inshaAllah amin.
Umur aku masih di awal 20an, banyak lagi perkara yang aku harus fikirkan tetapi perkara ini tidak pernah lekang dari ingatan aku... aku cuba untuk mengingati perkara lain, tidak menjadi juga aku akan fikirkan juga.
Soal jodoh, aku tidak tahu jodoh aku bertemu dengan ajal dulu kah atau dengan seorang insan yang bergelar suami.
Hari-hari aku akan ingatkan diriku untuk bahagiakan ibu bapaku dan menjadi seorang hamba Allah yang solehah. Setiap kali aku lihat wajah mereka, aku pejam mata dan mengucap Astarghfirullahalazim apa yang aku buat itu dosa.
TUNDUKKAN PANDANGAN sebelum menyesal.
Selesai mengerjakan solat aku selalu berdoa dan aku berharap Allah mendengar doaku.
"Ya Allah yang maha mengetahui... buangkan lah dan jauhkanlah perasaan yang tidak patut aku rasakan sekarang agar aku terus beristiqomah dan taat kepadaMu Ya Allah, Ya Allah kepada Engkau hamba Mu ini meminta dan kepada Engkau hambaMu memohon," amin.
Semoga aku tabah mengharungi dunia yang penuh dengan ranjau dan onak duri.
Muhasabahlah selalu wahai diriku... jangan penat untuk berusaha dan jangan pernah putus asa. Aku tahu kau boleh buat wahai diriku. Aku sayang diriku.
Tidak salah untuk menangis dan kau boleh lap sendiri tangisanmu.
Assalamualaikum.