Friday, 19 August 2016

i type merapu

- August 19, 2016
tadi aku beria-ria nak bukak laptop nak update blog macam-macam nak cerita.
but now aku tak tahu aku nak cerita pasal apa....

bantai jelaaa alang-alang dah sampai sini

dua tiga hari ni aku tak sihat demam batuk selesama semua sakit tekak sebab cuaca sekarang yang begitu panas dan IPU sangat tinggi di sini, yelah aku ni bila dekat rumah susah nak minum air. then, mulalah badan ni rasa lain macam and batuk sana sini 3 hari jee tapi mmg yelah kejap kita rasa panas kejap rasa sejuk tak menentu. but, yang paling aku rasa mcm puffff sikit bila aku sakit aku tak jaga muka tak guna moisturizer, semua cream and etc just washing my face je dan harini muncul lah sahabat setia aku iaitu jerewat huhuhu. terima je lah

harini aku baru lepas baik dari demam tapi selesama and batuk tu ada la sikit-sikit. masa aku tgh buat kerja rumah aku dengar bunyi whatsapp so aku igt tu from group so aku biarkanlah dia. bila aku rasa macam nak bukak phone 4 jam kemudian hahaaha rupanya my friend bagi whatsapp tolong dia tgh nak breakup dgn boyfriend and know dah jadi ex dia. 

aku terkejut lepas dgr story dia yang laki tu curang belakang dia and aku tak sangka yang lelaki tu macam tu padahal kiteorg dah kenal kan siap tolong menolong  sebab kiteorg satu kelas kot. so unbelievable.

aku memang seorang yang peramah and jenis yang happy go lucky. so sapa-sapa yang kenal aku dorang tahu la yeahhh. bila kawan aku introduce her boyfriend kat kiteorg kali kedua jumpa mesti dorang tahu perangai aku macam mana. hahaha first impression dorang aku lawak and loud. yeahh aku cuma nak ceriakan suasana dan aku tak nak dorang jadi awkward bila aku ada. 

seronok jadi single ni boleh hello sapa-sapa hahahaha, i mean ckp hai kat dorang tanya sihat ke tak dah makan belum hahaha and of course aku tanya tu depan girlfriend dorang iaitu kawan aku hahahah. apeni hahah pening aku. sebab kan aku tgk bila kawan-kawan aku nak gathering dgn kami pastu boyfriend dorang nak ikut so pada mula pertemuan berjabat tangan bersalam salaman dan diam hahah. so yang single nilah yang tanya macam kat dorang supaya dorang tak gedik sgt masa tu. ok aku tak tahu aku ckp ape 

so being single is not bad at all, you can do whatever you want and you don't have to think about anybody else when you want to do or to buy something. so jom la jadi single HAHAHAH




0 comments:

Post a Comment

 

gadisKismis Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review