Monday, 3 October 2016

pengalaman

- October 03, 2016
assalamualaikum...

sudah sekian lama aku tidak update blog.
kali terakhir aku menaip, dirumahku.
aku datang kembali ke sini (ipta) dengan harapan yang baru.

sebulan aku tidak dapat update blog kerana aku menyertai program yang julung gemilang dilakukan di universiti ini setiap tahun. Alhamdulillah niat aku tercapai jugak dari semester lepas untuk menyertai program ini.

penyertaan aku bermula dengan saja-saja mengisi borang online untuk menyertai program tersebut bersama rakan sebilikku, kami hanya mencuba dan tidak menjangka kami akan terpilih, tanpa aku sedari nama yang terpilih sudah tertampal di papan kenyataan. aku tidak sempat untuk menjenguk papan tersebut kerana hari itu adalah hari yang amat sibuk bagi kami sebilik. rakanku kata tiada nama kami disitu, aku sudah menjangkakan itu , malam itu juga aku membuka facebook rasmi ipta aku, apa yang aku lihat ada tertera namaku di dalam gambar senarai yang terpilih untuk interview dan aku berasa kecewa kerana tarikh untuk interview sudah lepas 5 jam yang lalu.

aku tidak menyalahkan sesiapa kerana aku sendiri yang tidak melihat senarai nama tersebut. terasa agak terkilan kerana nama rakan sebilikku tidak berada di situ. tarikh sudah lepas aku hanya diam pada malam itu kerana aku fikir itu adlah salah satu peluang aku untuk aktif di universiti. pagi keesokkannya aku Whatsapp dengan rakanku yang lain, dia kata '"you should try whatsapp the interviewer and let the things happen" , so aku pun cuba hubungi interviewer tersebut, Alhamdulillah aku diberi peluang untuk di interview.

setelah di interview, aku naik kebilik pada masa itu rakan-rakanku yang lain turut berada di bilik. setelah aku di interview dengan rakan ku pula tentang hal yang berlaku, aku mendapat daripada . aku dengar rakanku berkata " eleh dorang pilih yang hotstuff je". aku terkedu. aku juga turut berkata "mungkin, aku just cuba". pada hari itu aku diracuni oleh fikiran mereka bahawa mereka hanya meimilh paras rupa.

dua hari kemudian, senarai nama telah dikeluarkan dan Alhamdulillah namaku tertera disitu.
seperti baisa rakan rakan ku tidak berkata apa-apa kecuali rakan sebilikku yang bagi banyak nilai posotif.

jadi, bermulanya hari itu, aku mula sibuk dengan segala persiapan program itu. aku mengenali sesetengah orang yang sedang menjayakan program tersebut ada juga yang aku kenali orang yang annoying pada semester satu dan totally berubah perspektif aku terhadap dia apabila aku menyertai program ini, dia seperti seorang yang aku adore.

bermulanya program ini selama seminggu program ini dilangsungkan, aku sangat gembira walaupun tidak cukup tidur dan sebagainya. ada satu hari setelah aku mengetahui penat lelah squad kami semua bekrja untuk menjayakan program ini, ada satu suara yang mengguris hati aku, mungkin dia seorang yang cakap lepas, mereka menyertai salah satu acara yang program kami anjurkan, setelah habis program aku naik kebilik untuk membersihkan diri sedar tak sedar ada suatu suara yang mengatakan ada seorang kawan dia cakap yang program yang dianjurkan macam sampah, dan acara semua membosankan.

walaupun bukan aku yang incharge pasal program at least cakap sementara aku tiada, sangat menggurisnhati aku kerana aku tahu mereka yang menganjurkan sudah cuba sedaya upaya untuk menjayakan program tersebut walaupun ada masalah di saat-saat akhir. aku sangat marah, tapi aku tidak boleh tunjuk sebab aku perlu kuat, aku tersedar baru aku tahu bagaimana rasa orang yang buat program du luar sana mendapat cemuhan mesti sakit.

sepanjang program ini berlangsung aku mendapat banyak input yang amat berguna, lagi-lagi aku seorang student business boleh dapat banyak pembelajaran terutama sekali promotion. aku dapat belajar bagaimana company-company yang besar memasarkan produk mereka untuk dikenali ramai. Alhamdulillah untuk segalanya.

ini saja untuk kali ini.

aku nak bersiap untuk ke kelas.

0 comments:

Post a Comment

 

gadisKismis Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review