Tuesday, 31 January 2017

memories

- January 31, 2017 0 comments
kau umpama merpati putih, patah sayapnya di udara, kau umpama merpati putih patah sayapnya di udara ........

tiba-tiba teringat lagu OAG ni.

Assalamualaikum...

Malam ni bosan teramat sangat. Aku baru habis marathon tonton drama korea bersiri Goblin. 
deabak !!!

so, aku tengok balik post aku yang sudah berkurun lama, ada yang agak kebudak-budakan aku hanya mampu gelak je. hahaha. aku mengambil keputusan untuk delete post tersebut. 

ehh kenapa kau delete ? itu semua akan ingatkan kau akan kenangan yang kau akan terlupa.

kadangkala, kenangan pahit manis ada yang perlu kita buang untuk masa hadapan. contohnya, dulu aku ada post yang aku benci dengan kawan aku, aku bergaduh dengan mereka, tapi sekarang Alhamdulillah kami dah berbaik semula. jadi aku tidak perlu ingat kembali kenapa kami bergaduh dulu, past is past. lihat masa hadapan. apa yang akan kita lalui selepas ini. kenangan akan terkubur sebagai kenangan lama. ambil pengajaran untuk masa hadapan. 

hilang rasa itu dalam diri ini, walaupun aku kenal mereka dalam pelbagai situasi yang kadangkala berikan aku pengenalan yang pahit aku harap suatu hari nanti kita akan berjumpa dalam situasi yang lebih baik. 

jalan yang berliku-liku aku hanya memilih satu, aku pilih untuk diam. diam tak bererti aku tidak ambil kisah, aku hanya memerhati adakah aku patut masuk ke dalam pintu yang aku tidak tahu apa yang bakal aku lalui setelah aku menutup pintu atau mungkinkah aku dapat keluar dari pintu itu semula ?.

kenangan pahit yang lama menjadikan aku sekarang, kadangkala yang pahit adalah yang paling manis. dari hari ke hari sakit yang dirasakan dalam hati ini tidak pernah pudar malah lagi sakit. tapi hidup harus diteruskan, bukan pengakhiran sebelum tibanya hari kiamat.

tersenyum, tiada siapa pernah tahu apa yang tertulis dalam isi hati ini,kecuali Allah yang Maha Mengetahui. kau berlegar-legar di ingatanku, di mana-mana aku pergi aku nampak seakan-akan engkau kadangkala kau masuk dalam mimpiku sedangkan aku tidak ingat pasal kau sekalipun, mungkin aku sudah gila. aku harap ianya hanya sekadar mimpi. mimpi kan mainan syaitan.

mimpi yang buat aku tanda tanya apakah yang hendak disampaikan dalam mimpi itu, hari demi hari aku fikir, dengan semua kenangan ia membuatkan aku sakit. ingatkan kau aku sakit. aku harap bukan aku seorang yang menganggung rasa sakit ini. 

rasa kosong dan kesunyian dalam diri ini buatkan aku lebih dekat kepada Pencipta. malam ini aku akan imbas kembali apa yang telah terjadi esok pagi selamat tinggal aku ucapkan, walaupun tiada siapa yang merasakannya.

aku cuma ada hati dan perasaan yang senang diusik, aku tidak tahu bagaimana hendak jadikan hati dan perasaanku kebal tidak diusik apabila bertemu dengan orang yang baru.

bila yang tertulis untukku adalah yang terbaik untukmu kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku namun takkan mudah bagiku meninggalkan jejak hidupku yang telah terukir abadi sebagai  kenangan yang terindah...

entah kenapa aku melarat taip jiwang-jiwang ni, entah apa yang aku fikirkan, lain yang nak sampaikan lain yang ditaip. hahaha


xoxo

Friday, 27 January 2017

dugaan in relationship

- January 27, 2017 0 comments
Assalamualaikum ...

tengah cuti sem ni mesti aku akan rasa bosan gila nak lapar je memanjang, bosan dengan instagram, whatsapp ye la bagi single ladies macam aku ni memang akan rasa lonely gila (so aku akan pasang lagu masa zaman sekolah dulu, tengah dengar lagu peterpan) ok tapi twitter kadang-kadang pernah kecewakan aku jugak la.

i don't know what to type in this but I'll try my best hahah.  

ok dalam tempoh aku bercuti ni makan tidur makan tidur, semua yang aku planned tak menjadi langsung... keep tangguh benda tu. tak tahu lah kan, aku rasa ramai lagi yang merasakan benda yang sama kan, alaa cuti kan. 

aku ceritakan kisah empat orang kawan aku yang bagi sedikit pengajaran kat aku.

salah seorang kawan rapat aku mesej aku dia mengatakan bahawa dia nak jadi seperti aku dan dia macam dulu dan dia perlukan someone nak tenangkan dia. Alhamdulillah kawan aku dah sedar dan aku harap dia kuat mengharungi hari-hari selepas dia putuskan hubungan dengan si dia ( also my friends) actually laki tu yang putuskan. satu lagi nasihat untuk aku jangan mudah percaya dengan sandirwara lelaki. both of them are my friend, so lepas ni aku kena hadap jugak even mereka sudah tidak ada apa-apa hubungan. sejak dulu prinsip aku 'selagi orang tu tak buat taik dengan aku selagi tu aku tak akan benci orang tu' dan biasanya aku akan bengang tahap gaban sekejap je lepas tu aku okay dah. 

tetapi kebanyakan orang prinsip 'kalau dia buat taik dengan aku semua keturunan dia aku benci', 'bestfriends kalau seorang benci dia juga akan benci sekali'. maaf aku tidak berapa setuju dengan prinsip ni. as a human being, siapa je yang nak kena benci. aku pernah disebabkan prinsip-
prinsip ini aku dengan kawan aku pernah bergaduh, mula aku tak sedar dah jadi teruk baru aku sedar. orang cakap, kau cakap la dengan dia prinsip tu, bagi aku takkan lah aku nak cakap macam tu kat dia, nampak sangat yang aku tak suka dia, so aku biarkan buat apa yang perlu, Alhamdulillah sekarang kami okay, advice: ambil baiknya, yang tidak baik kita tinggalkan.

LDR long distance relationship, i never experienced it. but someone i knew is experiencing it. everyday she cried. both of them are student just like me, jarak umur mereka 2 tahun i guess dan mereka bukanlah satu universiti. they never meet not even dated face to face.  once again she said, "best nya jadi macam kau tak payah nak fikir bukan, rindu, menunggu macam orang gila", masalah dia pasangan dia dah jarang contact dia, sebab study nak exam nak memenuhi expectation semua orang (nak dpt dekan), perkara pertama aku fikir, mungkin laki dia dah beralih arah maksud dah bosan dengan kawan aku dia cari perempuan lain. ada seorang kawan aku LDR jugak tapi ni sorang study abroad sorang study dalam negara je, tapi mereka hari-hari contact. kalau aku kat tempat kawan aku pun aku akan rasa yang dia mungkin ada orang lain, tapi takkan la aku nak cakap kat dia begitu. so aku beritahu yang kita perlu percaya kat dia supaya nanti tiada salah faham, kalau ada bukti baru boleh gaduh hahaha. percaya tu penting, jangan terus assume macam kat orang tu. Alhamdulillah, everthings fine. 

Nak berubah. banyak kali kawan aku ni cakap dia nak  berubah, aku tak tahu la selama ni dia nak berubah macam mana. aku sayang gila kat kawan aku ni, dia nak berubah ke arah kebaikan. hidayah Allah ini luas dan datang macam-macam cara. aku sokong 100% . masa dia beritahu aku dengan kawan aku yang lain yang dia nak masuk sekolah pondok (belajar ilmu agama)  aku tersentap gila, yelah aku ni pun kalau ada kesempatan nak pergi jugak nak dalami ilmu agama, tetapi aku nak balas jasa ibu bapa aku dan semua orang yang membantu aku, cikgu-cikgu aku , nak berjaya sampaia aku dapat segulung ijazah dan dapat kerja. InshaAllah. istiqamah, susah sangat , aku tengah alami susah nak istiqamah, aku sendiri pun tak pasti kenapa aku ni susah sangat nak istiqamah, dan aku tengah berusaha untuk istiqamah dengan baik. ok kawan aku tu dia beritahu dekat boyfriend dia yang dia nak berubah bla bla bla.. sejak tu hubungan mereka ada masalah. dia luahkan kepada kami, lagi-lagi aku yang tak pernah alami situasi ini aku hanyalah tumpukan kepada percakapan dia. mungkin BF dia perlukan masa nak hadam apa yang GF dia cuba nak sampaikan, sekarang mereka seems okay. dalam relationship ni kita kena apa apa pun berbalik kepada niat kita nak apa sebenarmya nak have fun ke nak ke syurga Allah bersama. 

tiada sebab. yes, kawan aku dapat mesej yang pasangan dia tiba-tiba mintak putus. both of them are my friends too. before this, aku tengok mereka macam dah bertunang dah. selepas si laki tu tiada peluang nak sambung pelajaran ( actually ada banyak cara tapi entahlah) dia mungkin dah fikir apa yang akan dia nak buat selepas ini. jadi, aku rasa dia ambil keputusan nak putuskan hubungan dengan kawan aku ni, sebab dia terasa tangunggujawab dia. sememagnya, family comes first, beban kat bahu dia. dengan keadaan family dia yang tidak sempurna kerana ketua keluarga sudah tinggalkan mereka dan beban family dia terletak di bahu dia dan abang dia. besar tanggungjawab itu, aku tahun dia sayang lagi kawan aku but ada pepatah mengatakan "if you lover her, let it go". kalau dia jumpa yang lebih baik dia, dia akan bahagia. siapa tak nak tengok orang yang dia sayang bahagia kan. itu namanya perngorbanan. 

orang ketiga. kawan aku tengah confuse dengan pilihan dia. semua hubungan ada dugaannya, kita akan jumpa orang yang lebih baik dari pasangan kita, kita dah ada someone lepas tu datang seseorang yang macam magic kita nampak dia baik, faham pasal kita semua. tapi pernah tak kita fikir yang dah ada sekarang ni pernah lalui saat susah senang bersama ? terima baik buruk kau, dia pernah dengar kau kentut, tidur ternganga ? kau masih nak nyatakan yang orang baru kau kenal tu yang terbaik untuk kau . walaupun dia sudah tahu mengenai orang ketiga itu, dia still bagi peluang dekat kau untuk kau explain kat dia, sampai menangis dia kau buatnya, kau pernah fikirkan tak ?. hargai lah seseorang itu. semua orang cakap, pilihlah orang yang sayang kau dari orang yang kau suka. ayat-ayat manis tu memang boleh campak dalam gaung rasanyaa. pilihlah yang terbaik.

that's all.

selalunya kita akan mudah terpesona dengan ayat ayat manis lelaki. itu semua helah dia. mereka tak matang lagi. sebab itulah aku single sampai sekarang. aku tak nak tersalah pilih, aku nak just the only one, the right one. 

okay dah mengarut hahahaha. tiba tiba malam ni nak jiwang pulak haahahah.




 

gadisKismis Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review