Tuesday, 31 January 2017

memories

- January 31, 2017
kau umpama merpati putih, patah sayapnya di udara, kau umpama merpati putih patah sayapnya di udara ........

tiba-tiba teringat lagu OAG ni.

Assalamualaikum...

Malam ni bosan teramat sangat. Aku baru habis marathon tonton drama korea bersiri Goblin. 
deabak !!!

so, aku tengok balik post aku yang sudah berkurun lama, ada yang agak kebudak-budakan aku hanya mampu gelak je. hahaha. aku mengambil keputusan untuk delete post tersebut. 

ehh kenapa kau delete ? itu semua akan ingatkan kau akan kenangan yang kau akan terlupa.

kadangkala, kenangan pahit manis ada yang perlu kita buang untuk masa hadapan. contohnya, dulu aku ada post yang aku benci dengan kawan aku, aku bergaduh dengan mereka, tapi sekarang Alhamdulillah kami dah berbaik semula. jadi aku tidak perlu ingat kembali kenapa kami bergaduh dulu, past is past. lihat masa hadapan. apa yang akan kita lalui selepas ini. kenangan akan terkubur sebagai kenangan lama. ambil pengajaran untuk masa hadapan. 

hilang rasa itu dalam diri ini, walaupun aku kenal mereka dalam pelbagai situasi yang kadangkala berikan aku pengenalan yang pahit aku harap suatu hari nanti kita akan berjumpa dalam situasi yang lebih baik. 

jalan yang berliku-liku aku hanya memilih satu, aku pilih untuk diam. diam tak bererti aku tidak ambil kisah, aku hanya memerhati adakah aku patut masuk ke dalam pintu yang aku tidak tahu apa yang bakal aku lalui setelah aku menutup pintu atau mungkinkah aku dapat keluar dari pintu itu semula ?.

kenangan pahit yang lama menjadikan aku sekarang, kadangkala yang pahit adalah yang paling manis. dari hari ke hari sakit yang dirasakan dalam hati ini tidak pernah pudar malah lagi sakit. tapi hidup harus diteruskan, bukan pengakhiran sebelum tibanya hari kiamat.

tersenyum, tiada siapa pernah tahu apa yang tertulis dalam isi hati ini,kecuali Allah yang Maha Mengetahui. kau berlegar-legar di ingatanku, di mana-mana aku pergi aku nampak seakan-akan engkau kadangkala kau masuk dalam mimpiku sedangkan aku tidak ingat pasal kau sekalipun, mungkin aku sudah gila. aku harap ianya hanya sekadar mimpi. mimpi kan mainan syaitan.

mimpi yang buat aku tanda tanya apakah yang hendak disampaikan dalam mimpi itu, hari demi hari aku fikir, dengan semua kenangan ia membuatkan aku sakit. ingatkan kau aku sakit. aku harap bukan aku seorang yang menganggung rasa sakit ini. 

rasa kosong dan kesunyian dalam diri ini buatkan aku lebih dekat kepada Pencipta. malam ini aku akan imbas kembali apa yang telah terjadi esok pagi selamat tinggal aku ucapkan, walaupun tiada siapa yang merasakannya.

aku cuma ada hati dan perasaan yang senang diusik, aku tidak tahu bagaimana hendak jadikan hati dan perasaanku kebal tidak diusik apabila bertemu dengan orang yang baru.

bila yang tertulis untukku adalah yang terbaik untukmu kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku namun takkan mudah bagiku meninggalkan jejak hidupku yang telah terukir abadi sebagai  kenangan yang terindah...

entah kenapa aku melarat taip jiwang-jiwang ni, entah apa yang aku fikirkan, lain yang nak sampaikan lain yang ditaip. hahaha


xoxo

0 comments:

Post a Comment

 

gadisKismis Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review