Friday, 19 August 2016

i type merapu

- August 19, 2016 0 comments
tadi aku beria-ria nak bukak laptop nak update blog macam-macam nak cerita.
but now aku tak tahu aku nak cerita pasal apa....

bantai jelaaa alang-alang dah sampai sini

dua tiga hari ni aku tak sihat demam batuk selesama semua sakit tekak sebab cuaca sekarang yang begitu panas dan IPU sangat tinggi di sini, yelah aku ni bila dekat rumah susah nak minum air. then, mulalah badan ni rasa lain macam and batuk sana sini 3 hari jee tapi mmg yelah kejap kita rasa panas kejap rasa sejuk tak menentu. but, yang paling aku rasa mcm puffff sikit bila aku sakit aku tak jaga muka tak guna moisturizer, semua cream and etc just washing my face je dan harini muncul lah sahabat setia aku iaitu jerewat huhuhu. terima je lah

harini aku baru lepas baik dari demam tapi selesama and batuk tu ada la sikit-sikit. masa aku tgh buat kerja rumah aku dengar bunyi whatsapp so aku igt tu from group so aku biarkanlah dia. bila aku rasa macam nak bukak phone 4 jam kemudian hahaaha rupanya my friend bagi whatsapp tolong dia tgh nak breakup dgn boyfriend and know dah jadi ex dia. 

aku terkejut lepas dgr story dia yang laki tu curang belakang dia and aku tak sangka yang lelaki tu macam tu padahal kiteorg dah kenal kan siap tolong menolong  sebab kiteorg satu kelas kot. so unbelievable.

aku memang seorang yang peramah and jenis yang happy go lucky. so sapa-sapa yang kenal aku dorang tahu la yeahhh. bila kawan aku introduce her boyfriend kat kiteorg kali kedua jumpa mesti dorang tahu perangai aku macam mana. hahaha first impression dorang aku lawak and loud. yeahh aku cuma nak ceriakan suasana dan aku tak nak dorang jadi awkward bila aku ada. 

seronok jadi single ni boleh hello sapa-sapa hahahaha, i mean ckp hai kat dorang tanya sihat ke tak dah makan belum hahaha and of course aku tanya tu depan girlfriend dorang iaitu kawan aku hahahah. apeni hahah pening aku. sebab kan aku tgk bila kawan-kawan aku nak gathering dgn kami pastu boyfriend dorang nak ikut so pada mula pertemuan berjabat tangan bersalam salaman dan diam hahah. so yang single nilah yang tanya macam kat dorang supaya dorang tak gedik sgt masa tu. ok aku tak tahu aku ckp ape 

so being single is not bad at all, you can do whatever you want and you don't have to think about anybody else when you want to do or to buy something. so jom la jadi single HAHAHAH




Saturday, 13 August 2016

goodbye crush

- August 13, 2016 0 comments



Assalamualaikum


                             

pada 22 julai hari jumaat aku ada post tajuknya sedar.

dan aku sedar harini yang it is impossible nak ada harapan macam tu.

sebab ada hari itu kawan aku  ada screen shot satu gambar  from Wechat yang aku kenal and namanya aku kenal cuma perempuan yg freehair tu je aku tak kenal. kawan aku tanya kami yang kaki stalker ni betul ke yang mereka ni dah couple semua sebab gambar tu dah jelas mereka sangat rapat ada la dorang berpegangan tangan. first impression aku kat gambar aku "wth" Astagrhfirullahalazim. aku tak percaya pada mulanya tapi captionnya "i love you sayang". kawan aku yg lain pon rasa yang sama. so aku sebagai kaki stalker check la kat instagram semua kawan aku lagi sorang stalk kat wechat aku takde wechat, kat wechat mmg dah sah ada banyak gambar dorang, kat twitter dorang private pulak so kat ig aku ada jumpa satu comment ni and aku samakan gambar yes it's her ! hahaha cepat aku jumpa huuhuhu terus request lepas check tak tinggal jejak langsung takda gambar dorang just ada two three comments yg ayat menggelikan so yes dorang in relationship.

seriously aku tak kisah dia nak couple dengan siapa tapi aku sedih sebab dia dah semakin sosial dari yang aku kenal masa matrikulasi dulu tak berani nak pandang muka perempuan langsung and today aku dah ada second impression on him. aku pernah cakap dengan diri aku dulu selagi dia tak kahwin and in relationship with someone aku akan crush on him but now aku tarik balik sebab perangai dia dah slow-slow berubah. kalau dorang husband and wife yang sah pon tak kan lah dia nak upload gambar perempuan free hair ? aku punya lah ingat dia still lagi yang dulu but ..... people change, always....

i hope dia akan berubah ke jalan yang betul yes sebab dunia sekarang ini amat bahaya. aku tak tahu apa yang mendorong dia ke arah ini. yes aku perasan yang crush on him since matrik dulu tak tahu  nak cakap apa. cara dia dgn upload satu gambar yg... dah gambarkan segalanya. aku doakan dia berubah dan hidup bahagia di jalan Allah. aku pon sama jugak cerita dia ni dah sedarkan aku jgn asyik nak ikut suka hati. jangan pernah masuk dalam cinta yang haramm....

aku masih ingat perangai dia mengelak dari dekat dengan perempuan hmmmm ada ke lelaki macam tu zaman sekarang ni lagi.
 aku rasa aku faham aku pernah nak elak dari bertembung mata dgn lelaki yes ada yg berjaya but sekarang aku belajar kena control aku tgk kejap aku tunduk kejap it's working yela kalau lelaki dgn perempuan renung mata lama-lama mesti ada timbul perasaan something kan aku pernah rasa, dan aku tinggal jauh-jauh buat bodoh bila jumpa tepi jalan or bertembung.

ada orang cakap yang aku ni memilih nak lelaki handsome kaya semua. actually bila kawan aku tanya aku, aku kenpa tak in relationship lagi aku akan balas aku tunggu lelaki yg handsome ala-ala model korea and kaya and pandai masak, aku main tibai je. malas nak layan

aku rasa buat masa ni masih awal lagi aku nak ada perasaan macam tu sebab aku nak buat benda lain dulu okay, dan yang aku paling nak firt love aku adalah suami aku yang sah. that's all kenapa semua org tak paham dgn statement aku ni hmmmm...

dan kepada awak yang saya suka tengok awak sejak kita first jumpa sampai la kita satu U dan pernah satu kelas dan saya hampir-hampir terkantoi suka awak dari idea kawan-kawan saya. saya ucapkan selamat tinggal perasaan saya dekat awak sebab saya dah mula sedar tujuan saya. saya tahu awak tak nak tengok saya pun dan awak dah pun ada seseorang dalam hati awak saya harap awak bahagia dengan sesiapa just jangan senyum depan saya and lari daripada bertembung dgn saya okay saya nak jadi budak-budak matang. saya rasa macam nak unfollow awak dekat instagram tapi nanti kawan-kawan saya perasan so saya biarkan sebab saya ada account lain *pehal dgn kau.

okay enough but ada lagi  nak dikatakan, semua crush aku dah habis sebab semuanya aku rasa dah tak menjadi seperti yg aku rancangkan dulu hahahaah.

padan muka aku...

dah la aku nak layan karenah junior yg tanya aku macam2.

bye crush..................... <3


             

Sunday, 31 July 2016

mimpi

- July 31, 2016 0 comments
Assalamualaikum

minggu ni aku asyik mimpi benda pelik je.

haritu mimpi aku ditangkap oleh sekumpulan zombi tapi suasana dia macam dalam cerita the maze runner. hahaaha waktu aku terbangun rasa takut and then gelak bodoh punya mimpi

then, aku mimpi aku masa tu ada dekat dalam satu kelas  and then sebelah ada tempat duduk kosong and then ada 4 orang lelaki yang aku rasa macam kenal tapi tak tahu kenpa keep making funny things mcm bergurau lebih last aku ingat dorang bangun and terus nyanyi aku rasa nasyid tapi first time dengar lagu tu, tak ingat pulak rentak dia dan aku terus terbangun dari tidur (subuh) mungkin nak kejut aku subuh maybe.

last night, before tidur aku kadang-kadang bukak twitter semua dan aku ter stalk kawan-kawan aku punya twitter, dan aku mimpi malam tadi meamng dorang muncul dalam mimpi aku tapi dalam mimpi tu macam ada jalan cerita. aku mimpi aku dah balik kolej untuk tahun kedua dalam mimpi tu aku nampak kawan aku lelaki yg tweet (mcm termuncul dekat home aku la) dapat sambung degree kat kolej aku jugak tapi tahun pertama so masa tu aku rasa dia dah rapat dengan aku termasuk family dia padahal in real life dia kawan aku since sekolah menengah and dah jadi ex-crush aku dua tahun dan sekarang dah jadi boyfriend kawan aku sedangkan yang aku stalk betul-betul malam tadi this another guy yang merupakan  classmate aku and ex-crush aku, back to my dream, lepas mimpi tu menunjukkan aku dgn family ex-crush aku rapat sebab dlam mimpi tu aku boleh naik satu kereta dengan family dia, then masa tu ada satu perjumpaan or event kat kolej tu ex-crush aku mcm memperkenalkan the another guy yang aku betul-betul stalk tu sampai situ je mimpi tu. mengarut,

aku ingat lagi dulu aku ada mimpi dalam 3-4 tahun yang lalu aku macam mimpi aku tengah crush lelaki ni org yg sama aku crush, pastu dalam mimpi tu dia datang kat aku dgn kawan dia and then dia cakap yang bestfriend dia ni sika kat aku. masa tu aku cakap what the hell wehhh.

aku rasa la kan dalam semua mimpi-mimpi aku yang dia muncul dia mesti nak perkenalkan aku dengan orang lain sebab dia tak kasi aku have a feeling on him. aku rasalah. but now, aku dah clearly tak ada apa perasaan terhadap dia since dia jadi boyfriend kawan aku in fact aku selalu keluar dgn dia and girlfriend dia.

ke dia dah perasan yang aku suka dia selama ni. haihhhh mati la aku kalau dia tahu. lantak kau laaa

mimpi ni orang cakap mainan syaitan so jangan percaya sangat, mimpi yang mengarut semua tu boleh la aku hapuskan dalam otak aku ni tapi kalau mimpi ada kaitan dgn orang yang kau kenal susah sikit la.

now aku harus berhenti semua tu, jangan selalu sangat crush on somebody, semua tempat aku pergi mesti aku ada crush kat someone kecuali kat PLKN sebab aku anggap dorang semua macam siblings aku. have a good time there.

ok setakat ni dulu, aku sakit perut bye

Saturday, 23 July 2016

sedar

- July 23, 2016 0 comments
Assalamualaikum

dua hari ni aku marathon satu drama ni. drama melayu yang aku tak sangka aku akan tengok, sebab hero handsome ? hahaha tu satu tapi orang lain cakap apesal la taste kau macam tu. suka hati aku la taste aku macam mana hihihihi.

jalan cerita drama ni menarik tapi satu je tajuk drama ni agak menggelikan sikit. macam mana aku boleh terjebak dengan drama ni? haritu aku  takde kerja tgk la YouTube dengar lagu semua lepas tu aku dengar satu lagu ni agak sedap, penyanyi aku tak confirm from Mas or Indo, pastu aku tgk comment semua nyatakan tgk drama ni, lagu ni ost drama tu. so aku pon tgk first episode, dah agak jalan cerita ending dia macam mana biasa macam drama lain. so aku teruskan ke episode kedua sebab hero dia handsome hahah makin lama aku tgk makin aku layan cerita ni sebab cerita lain dari lain aku rasa, mengisahkan pengorbanan adik beradik dan bagaimana seseorang itu diuji oleh  Allah SWT. besides, cerita ni takda scene yang sentuh sana sini Alhamdulillah.

outfit yang hero ni pakai dalam cerita serupa dengan someone yang aku pernah kenal dulu everything lah cara dia cakap serupa nadanya. paling serupa bila hero ni pakai kopiah dgn topi and jeans jacket, red snicker tapi style rambut tak sama, muka someone yang aku kenal tu lagi manis rasanya. baru-baru ni dia ada sempat lah jugak wish birthday aku. tu dah cukup dah. hahahaha  satu je aku rasa tersentuh sangat pasal dia, jujur. dia seorang yang panas baran, agak lurus la jugak hahahha. paling aku rasa sampai tak tahu nak cakap apa bila dia malaungkan azan, imam dan baca yaasin, aku rasa paling tenang sampai rasa nak nangis. siapalah aku dia nak pandang, aku memang tak sepadan dengan dia. satu aku harap one day before aku pergi aku nak dengar dia azan, imam dan baca yaasin. itu harapan aku.

cerita ni a bit funny because hero ni lurus sikit hhahaha i mean lurus dalam hal-hal cintan cintun ni. serious talk, apa yang aku dapat dari drama ni, sabar dalam apa jua sebab Allah nak bagi yang terbaik untuk kita. jangan putus asa, jangan asyik fikir pasal cinta je, belajar dulu bahagiakan family, ukhuwah dgn family and sahabat jangan lupa.

macam aku ni umur yang dua puluhan ni dah selalu fikir aku ni bila la dapat kawin apa la asyik berangan je yang mampu, kita tak tahu apa yang jadi kat luar sana, banyak lagi benda yang kita tak tengok lagi kat luar sana, cari petunjuk dan hidayah daripada Allah. jangan asyik fikir pasal jodoh je (noted to myself) .

perangai lama aku dah muncul kembali. perangai aku ni akan timbul bila aku dekat rumah, susah nak tinggalkan even aku tahu tak patut apa yang aku buat tu. pernah aku nak berubah tapi sekejap, aku rasa nak pergi kat tempat yang orang tak kenal aku dan aku boleh betulkan kat sana. tak banyak aku boleh buat kat sana sebab tempat dah berubah. inshaAllah aku akn cari jalan kat sana. aku rasa aku kena active balik kat telegram sebab dekat situlah yang akan sikit-sikit ubah aku.

bye

Wednesday, 13 July 2016

kill em with kindness

- July 13, 2016 0 comments
kill em with kindness
kill em, kill em, kill em
kill em with kindness
go ahead, go ahead, go ahead
NOW!!!!

Semalam layan Justin Bieber today Selena Gomez pulak . kalau dorang couple balik mesti gempak kan tapi kan kenapa dorang tak pernah buat lagu sama-sama mcm  Shawn Mendes dgn Camila Cabello . hurmmm

ingat harini nak tengok Manisnya Cinta di Cappadocia , dapat tgk sekerat je sebab aku tertekan ape nth kena replay balik malas aku terus tgk Istanbul Aku Datang . dua cerita ni mmg membuatkan aku nak kahwin cepat . hahaahah

so aku pun berangan lah kahwin dgn someone haahahah

actually, my mom bila aku tgh sorang tiba-tiba tanya aku pasal kawan-kawan aku dapat mana, sapa yang dah kahwin and so on. aku tak biasa nak cerita itu ini kat my mom. cerita kat kawan dorang cakap my mom cuba nak dekatkan diri dengan anak dia, my mom nak cari attention aku la ape la. you know aku tak biasa dengan semua benda tu sebab before this selama aku sekolah menengah ke lepas sekolah menengah ke tak pernah-pernah aku dgn my mom berbicara seperti itu and aku dah terbiasa dengan keadaan tu, bila sekarang macam AWKWARD you know.

seriously aku tak boleh masuk dgn keadaan tu. soalan-soalan my mom macam nak suruh aku kahwin je tapi haritu nampak kawan aku dgn boyfriend dia , my mom terus tanya (mcm marah) aku ade boyfriend tak . of course lah aku jawab tak gila kau takut kut even aku mmg takde boyfriend.

aku tak boleh bayang kalau aku dah kawin nanti macam mana seriously awkward . jadi macam drama-drama melayu yang pukul 7 tu ? itu semua mimpilah mana nak dapat mr perfect macam tu .

masa hari raya makcik pakcik hadoiii sayang memang sayang tapi biarlah jodoh yang menentukan. suruh cari kat sinilah situlah haihhhh macam lah aku ni tua sangat tak kawin-kawin lagi. haaa ade satu haritu,ade makcik-makcik masa hari raya aku pergi rumah dorang sedara lah kan panggil parents aku " laaa ingatkan jalan dengan adik nampak semua mcam adik beradik dah besar semua" maksud dia nampak lah yang aku ni gemuk semua.

"anak *** ni umur berapa besaqnya form brapa ?" "2* tahun makcik" terus diam makcik tu .

Ya Allah makcik-makcik kesayangan takkanlah tiap kali raya nak nampak aku ni kecil lagi masa umur aku 4 , 5 tahun of course lah bila umur meningkat semua meningkat hadoiii. pagi-pagi raya dah spoil mood aku.

parents aku mmg nampak mcm muda tapi dorang dah 40 lebih dah . parents aku kawin umur 24 tahun dapat aku 25 tahun. perlu ke aku bagitau semua yg lepas mak aku kawin dgn ayh aku setahun lepas tu dpt aku . pastu aku ni ada penyakit waktu kecik kalau aku tak buat operation ni aku (the end) . so lepas je aku buat operation terus berat aku meningkat , and now berat aku kurang sikit-sikit (alhamdulillah).

lagi, yang hat luaq negara yang nak jadi doctor, engineer, askar , ustaz, ustazah , arkitek, accountant, semua yang mana ? . yang business " sekarang ni tak elok ambil business org kita ni tak pandai berniaga " .

habis yang korang beli nasi lemak, beli tudung neelopak semua tu orang mana ? africa ? doctor pakai baju kurung orang mana jahit ? pakcik pakai baju melayu sapa yang jahit pakcik?

lagi satu bila pergi kedai melayu nak mintak kurang . beli seluar  nak mintak kurang sampai sepuluh ringgit . kau pergi bundle laa mcam tu . nampak macam kaya semua . sombong bongkak . suka mendesak nak harga murah . macam mana perniagaan orang melayu nak maju kalau orang melayu sendiri tahu nak senang je . seriously buat panas aku jee .

pastu ," hang duk U mana ? "." ipta je makcik , dekat U***"   "tu U swasta ke makcik tak pernah dengaq pon" .  aku diam dan akan ada orang lain tolong jawapkan lepas je makcik tu cakap aku terus blah alasan nak pi solat sat.

yelah orang sekarang tengok yang berlian je , yang silver ni diabaikan tapi yang silver ni lah yang selalu jaga, tolong semua semata-mata nak jaga keluarga sendiri.
salahkan kami? tak bangga ke kami yang dpt masuk U ni even kat negeri sendiri.

tak kisah lah belajar kat mana-mana niat kita satu je belajar kerana Allah .

dah aku tak tahu topic apa yang aku bincangkan ni .

dah lah esok nak kerja .







Monday, 28 March 2016

beringat-ingat

- March 28, 2016 0 comments
assalamualaikum ...

Alhamdulillah i'm home :)
aku tenghah cuti midsem , tapi cuti 2 in 1 biasalah habis cuti ni banyak assignment nak kena submit pastu dengan midterm lagi . tu aku tolak tepi .

aku study pasal economic mikro and macro so bila bab-bab economy ni aku kenalah amik tahukan contoh mamcam kat apa yg terjadi kat Malaysia sekarang  ni , banyak betul spekulasi dari mulut semua orang termasuk aku , petang tadi aku dengar berita yang malaysia bakal mengalami inflasi , yes bagi aku itu logik sebab yelah sekarang pon dah tahu sendiri berapa harga ringgit malaysia sekarang dengan harga minyak dunia jatuhnya . macam-macam lagi

kalau bab-bab ekonomi ni dlm family aku , aku dengan ayah aku jela yang berdebatnye sebab kami belajar benda yang sama , ayah aku memang peka soal ekonomi ni , adik-adikku budak sains so dorang tak masuk campur .
petang tadi aku masa lepas balik kg dalam kereta , bukak radio keluar berita pasal inflasi tu , so aku pon cakap itulah inilah , lastly ayah aku cakap yang ini dah ketentuan Allah , Allah dah rancang dari awal lagi , manusia akan mendapat kesusahan di akhir zaman , ini tak sampai peringkat yang kritikal lagi , peringkat yang kritikal ialah apabila berlaku tanam-tanaman tak boleh nak hidup dan tumbuhan banyak yang mati jadi manusia kelaparan serta kemarau dan datanglah d***** . i bet korang tahu cerita selepas tu macam mana . kalau tak tahu tanyalah orang yg lebih mengetahui , jgn percayakan pakcik google sangat.

jika kita lihat sekarang ini telah berlaku gerhana matahari , serious aku takut gila masa tu sebab aku takut tak muncul siang dah . masa tu aku ada kelas so tak sempat rasanya aku nak buat solat sunat gerhana matahari . aku rasa menyesal sangat .

sekarang jugak berlaku fenomena el nino . panas ........ paling teruk kat malaysia dekat kedah dengan perlis lah , masa aku belajar kat kedah dulu bulan2 macam ni mmg panas rumput pon kuning jee , hujan pon jarang gila , biasa kalau aku nak pergi kelas pagi  pukul 7 lebih ada kabus tebal , tapi masa tu takde , apa tah lagi sekarang berlipat kali ganda panasnya . masyaAllah .

hari demi hari aku tengok dekat langit bertapa besarnya ciptaan Allah SWT , aku fikirkan sekarang dunia yang semakin tenat , manusia yang semakin lalai , iman yang semakin goyah ... aku merasakan bahawa kiamat dah dekat boleh terjadi pada bila2 masa sahaja , aku sering dapat mimpi-mimpi yang sukar untuk aku ceritakan kepada sesiapa , aku mimpi betapa seramnya betapa takutnya aku bila kiamat berlaku , aku tidak tahu nak ceritakan kepada siapa , bayangkan kau bangun tido dan ceritakan mimpi kau dekat roommate , aku rasa mesti dorang x tahu nak cakap ape , jadi aku pendam diam2 . mungkin itu adalah salah satu warning untuk aku agar terus berusaha untuk beristiqamah dan menjadi hamba Allah yang solehah .

sebagai seorang young adults, mesti banyak halangan dan dugaan yg perlu ditempuhi . yes, malas itu mmg sudah menjadi penyakit manusia sekarang ini . ajak tengok movie je laju , bila ajak jemaah sama2 liat , nak suruh jadi imam sampai kesudah mengelat , bila nak makan tak kira masa , nak dengar ceramah , masjid jauh , surau kecik  . nak khusuk dalam solat apa tah lagi  terfikir pulak malam ni nak makan apa dan kat mana , apa yang terjadi lepas episod itu ini , esok nak kena present apa kat depan lagi satu masa lepas amik wudu ada orang buat bulatan dan kita pon curious dan terusn join dorang bergosip sampai terlupa yang dah amik wudu pastu terus solat , mcm mana tak tenang. semua itu mmg kita semua lalui , sebab apa , sebab niat tu , aku rasa before solat kena clearkan mind kita untuk lebih khusuk dan sentiasa ingat before solat "aku nak jumpa Allah" . jadi fikiran kita pon fikrkan apa yang kita cakap .  inshaAllah . luangkan lah masa sikit lepas solat berzikir , at least seminggu ada baca al-Quran satu page pon takpe , yang penting kita faham dan amik apa yang disuruh oleh Allah dan tinggalkan laranganNya . inshaAllah .

aku harap aku dapat  sempurnakan segala suruhan Allah selagi aku masih hidup.


bye.

Friday, 12 February 2016

u s a h a

- February 12, 2016 0 comments
Assalammualaikum


shawn mendes babe hahaahah , yes aku peminat lagu dia setakat ni semuanya otak aku boleh cerna lah lagu dia , kalau lagu yg sakitkan kepala tu bagi aku sesak nafas adalah hahaah. satu lagi takahara suiko pon lagu dia best aku baru stalk pasal dia haha even tajuk lagu dia lain macam tapi lirik bagus ahahaha good job i like lagu tenangkan bontot anda hahaha. 
aku bukan nak promote pasal mereka ini dlm post ni tapi aku tengah dengar lagu dorang hahaah.

ok so kali ni aku nak merapu pasal cuti sem kali ni hahahah
endingnya teruk jugak laaa . aku tak dpat nak turunkan weight aku ni sebab mak masak sedap dan membazir nak buang makanan tu hahahaah.
aku craving laksa tapi my mom busy dan aku tak reti nak masak sebab tok guru sibuk , kalau beli kat luar kadang ada yang tak dpt masuk tekak ni . hmm kena tunggu mid sem ni laaa

berangan dah terlebih hahaha

satu hal yang paling penting hujung sem ni ialah RESULT EXAM .. benda tu scary weh .
aku punya result biasa je tapi teruk jugak laa . setimpal lah a[e yang aku buat masa sem 1 . lagha je memanjang , study last minute , subjek yang aku study sampai nak rak tapi tak dpt score , subjek yang aku baca lalu yg aku boleh score sikit . overall aku dpt teruskan pengajian .  parents ? dari aku balik haritu lagi dah tanya bila result keluar , mungkin balik U nanti aku bagitau kowt , takut weh sekarang ni , aku nak bagitau kat parents aku bila dpt score subjek yang aku amik and pointer aku superb .

aku rasa aku nak repeat satu paper ni laa sebab teruk kowt tapi aku tak fail paper ni tapi memang aku tak faham langsung pasal subject tu sebab teori , carry mark pon aku tak tahu utk subjek tu sebab lecturer aku sakit time tu , aku rasa carry mark aku low yelaa assignment berkumpulan , kumpulan aku ? hahahhaha , kumpulan aku ni lain sikit , tak sefahaman tapi malas nak cakap , bayangkan dlm kelas tu semua kumpulan setuju kumpulan kiteorg tak setuju , reason yg dibagi tak jelas .. aku mmg tak lah nak pertahankan tapi mmg aku kadang tak setuju dgn jawapan group aku , yela kena ikut suara majortiti kan , aktiviti yg lain pon mcm hmmmm , tak nak lah ungkit balik pasal dulu . hahaha 

sedih pulak repeat paper ni , yelaa aku boleh bayangkan kalau orang tanya itu ini . tapi aku rasa bagus jugak kalau aku repeat ni sebab aku boleh belajar benda yang aku sendiri tak faham , dulu kelas selalu cancel la apelaa pastu banyak topic nak cover terus blend semua satu waktu . mmg jammed kepala aku masa tu . aku tak salahkan sesiapa diri aku ni ha kalau orang tak suruh tak buat . haishh mmg kau dapat pon result mcm tu .

kenapa la aku tak balik malam ni kalau tak orang tanya aku macam-macam . aku bukan tak nak bagitau , tapi takut parents aku kecewa dengan apa yang aku cakap . gilalah . 

dalam kepala aku dah terfikir yang aku ni rasa kecik je weh dalam family aku walaupun aku yang paling besar dalam family aku , cousin aku yang lain ada yang pergi sambung  kat japan , mesir , korea ape laa dlm negara pon ada tapi tu la aku yang paling bawah sekali . woiiii !!!!!!! kalau kau fikir mcam tu sampai bila ponkau jadi mcm tu sebab pemikiran kau yang senget tu , rezeki tu ada kat mana-mana , kau je yang tak usaha , usaha macam hidup segan mati tak mahu je , pastu lagha tgk movie la , pegi vacation laa , gosip la , tidur laa ape tu weh usaha ? please lah duit ptptn tu utk kau belajar orang dah bagi PINJAM duit pon kau masih perangai lama , tak pernah fikir ke kau kena bayar balik apa yang kau PINJAM bukan orang DERMA kat kau duit banyak tu nassib tak sampai billion .

aku nak lepas ni kau usaha biar orang nak cakap apa,  kau lama tak lepak dengan dorang kau biarkan dari masa kau dicuri dgn benda yang lagha . tak cukup ke masa matrik dulu huhahuha sampai pagi . jadilah seorang manusia yang reti balas jasa kepada ibu bapa dengar tu wahai diriku .

remember , this is not the end.

smile and go dapatkan segulung ijazah utk parents kau .

nangis biar hari hari nangis supaya kau boleh muhasabah diri .

fighting !!!!!!!!!!!



 

gadisKismis Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review