Friday, 12 February 2016

u s a h a

- February 12, 2016 0 comments
Assalammualaikum


shawn mendes babe hahaahah , yes aku peminat lagu dia setakat ni semuanya otak aku boleh cerna lah lagu dia , kalau lagu yg sakitkan kepala tu bagi aku sesak nafas adalah hahaah. satu lagi takahara suiko pon lagu dia best aku baru stalk pasal dia haha even tajuk lagu dia lain macam tapi lirik bagus ahahaha good job i like lagu tenangkan bontot anda hahaha. 
aku bukan nak promote pasal mereka ini dlm post ni tapi aku tengah dengar lagu dorang hahaah.

ok so kali ni aku nak merapu pasal cuti sem kali ni hahahah
endingnya teruk jugak laaa . aku tak dpat nak turunkan weight aku ni sebab mak masak sedap dan membazir nak buang makanan tu hahahaah.
aku craving laksa tapi my mom busy dan aku tak reti nak masak sebab tok guru sibuk , kalau beli kat luar kadang ada yang tak dpt masuk tekak ni . hmm kena tunggu mid sem ni laaa

berangan dah terlebih hahaha

satu hal yang paling penting hujung sem ni ialah RESULT EXAM .. benda tu scary weh .
aku punya result biasa je tapi teruk jugak laa . setimpal lah a[e yang aku buat masa sem 1 . lagha je memanjang , study last minute , subjek yang aku study sampai nak rak tapi tak dpt score , subjek yang aku baca lalu yg aku boleh score sikit . overall aku dpt teruskan pengajian .  parents ? dari aku balik haritu lagi dah tanya bila result keluar , mungkin balik U nanti aku bagitau kowt , takut weh sekarang ni , aku nak bagitau kat parents aku bila dpt score subjek yang aku amik and pointer aku superb .

aku rasa aku nak repeat satu paper ni laa sebab teruk kowt tapi aku tak fail paper ni tapi memang aku tak faham langsung pasal subject tu sebab teori , carry mark pon aku tak tahu utk subjek tu sebab lecturer aku sakit time tu , aku rasa carry mark aku low yelaa assignment berkumpulan , kumpulan aku ? hahahhaha , kumpulan aku ni lain sikit , tak sefahaman tapi malas nak cakap , bayangkan dlm kelas tu semua kumpulan setuju kumpulan kiteorg tak setuju , reason yg dibagi tak jelas .. aku mmg tak lah nak pertahankan tapi mmg aku kadang tak setuju dgn jawapan group aku , yela kena ikut suara majortiti kan , aktiviti yg lain pon mcm hmmmm , tak nak lah ungkit balik pasal dulu . hahaha 

sedih pulak repeat paper ni , yelaa aku boleh bayangkan kalau orang tanya itu ini . tapi aku rasa bagus jugak kalau aku repeat ni sebab aku boleh belajar benda yang aku sendiri tak faham , dulu kelas selalu cancel la apelaa pastu banyak topic nak cover terus blend semua satu waktu . mmg jammed kepala aku masa tu . aku tak salahkan sesiapa diri aku ni ha kalau orang tak suruh tak buat . haishh mmg kau dapat pon result mcm tu .

kenapa la aku tak balik malam ni kalau tak orang tanya aku macam-macam . aku bukan tak nak bagitau , tapi takut parents aku kecewa dengan apa yang aku cakap . gilalah . 

dalam kepala aku dah terfikir yang aku ni rasa kecik je weh dalam family aku walaupun aku yang paling besar dalam family aku , cousin aku yang lain ada yang pergi sambung  kat japan , mesir , korea ape laa dlm negara pon ada tapi tu la aku yang paling bawah sekali . woiiii !!!!!!! kalau kau fikir mcam tu sampai bila ponkau jadi mcm tu sebab pemikiran kau yang senget tu , rezeki tu ada kat mana-mana , kau je yang tak usaha , usaha macam hidup segan mati tak mahu je , pastu lagha tgk movie la , pegi vacation laa , gosip la , tidur laa ape tu weh usaha ? please lah duit ptptn tu utk kau belajar orang dah bagi PINJAM duit pon kau masih perangai lama , tak pernah fikir ke kau kena bayar balik apa yang kau PINJAM bukan orang DERMA kat kau duit banyak tu nassib tak sampai billion .

aku nak lepas ni kau usaha biar orang nak cakap apa,  kau lama tak lepak dengan dorang kau biarkan dari masa kau dicuri dgn benda yang lagha . tak cukup ke masa matrik dulu huhahuha sampai pagi . jadilah seorang manusia yang reti balas jasa kepada ibu bapa dengar tu wahai diriku .

remember , this is not the end.

smile and go dapatkan segulung ijazah utk parents kau .

nangis biar hari hari nangis supaya kau boleh muhasabah diri .

fighting !!!!!!!!!!!



Saturday, 30 January 2016

muhasabah diri

- January 30, 2016 0 comments
Assalamualaikum



Alhamdulillah hari ini aku masih bernafas , syukur ke hadrat Ilahi .
lagu ni Don't Forget Allah- Farid Sanullah sebagai pedoman buat semua .
banyak lagi lagu yang Farid Sanullah nyanyi yang boleh buat jadi peringatan dan lagunya sangat tenang .

hari ini aku bukan nak cakap pasal Farid Sanullah , tapi pasal apa yang aku rasa sekarang ni.

petang tadi aku minum petang bersama parents aku , program kalau dah jodoh utz Kazim Elias menjadi pilihan untuk ditonton pada petang tadi , ceramah hari itu mengenai cinta (aku tak tahu tajuk sebenar) sebab aku tengok di tengah-tengah rancangan , biasa intipati yang aku dengar ialah budak muda di sekolah sekarang ini budak-budak sudah berpacaran dan sedang berimaginasi mengenai perkahwinan and so on . di alam universiti pulak bercouple and bla bla , cerita belajar itu adlah satu jihad , aku tahu yang itu dan itu yang aku akan sematkan dalam hati belajar kerana Allah . lagi ibu aku cakap yang kerja dulu baru dating . itu bagi aku satu warning .

aku tahu aku boleh jaga diri aku , inshaAllah .. aku cuba untuk belajar ke arah itu , aku nak belajar dan dapat membanggakan ibu bapa aku , bantu ringankan ibu bapa aku , tolong adik-adikku yang masih belajar dan bagi bahu untuk mereka . itu yang aku nak buat . aku tidak berapa rapat dengan adik-beradik aku , masalah yang kami hadapi kami simpan begitu sahaja pendam atau luahkan dekat kawan tapi bagi adik bongsu kami lebih memilih kepada bagitau segalanya  kepada ibu ku .aku tak kisah akan hal itu .

aku sebenarnya tiada kekuatan untuk hadapi semua inikadang kala aku rasa aku give up , yang akan ada di belakangku family aku , masa itu baru aku faham kenapa ibu ku selalu marah aku masa aku sekolah menengah , control social life aku tak bagi aku keluar sesuka hati tak mau dengarpun keluar dari mulut aku soal lelaki (aku tak pernah borak pasal lelaki dekat parents aku ) dan itu adalah yang berlaku kepada seluruh keluarga aku (semua sepupu aku )  , sebagai anak sulung aku tak pernah minta yang akan membuang duit atau masa aku , sebab aku faham keadaan keluarga aku , tapi parents aku tak pernah gagal berikan segala keperluan aku malah lebih dari keperluan aku . Alhamdulillah

segala kebahagiaan kami kongsi bersama kalau ada masalah aku berpura-pra tidak tahu sebab parents aku tak nak tunjuk depan anak-anak mereka semua , aku faham yang itu aku hanya mampu berdoa semoga Allah permudahkan urusan ibu bapa ku ,

sekarang , aku takut aku tak mampu nak bahagiakan parents aku , aku nak dorang dapat tunaikan haji . kadang di kala aku tiada semangat nak belajar atau aku dalam keadaan masalah yang sangat yang amat rumit bagi aku , aku akan fikirkan aku nak balas jasa ibu bapa aku . itu kekuatan aku .

realitinya aku tak berusaha sehabis mungkin , aku lagha dengan dunia , aku hanya nak lulus dalam exam , nak enjoy di tempat yang aku tengah belajar , tahu nak cepat habis kelas , tak study lepas kelas , tgk movie lah , gosip lah , stalk pasal crush lah,ape lah ... aku lupa dengan azam aku yang sebtulnya nak bahagiakan family aku . aku leka .

aku lupa apa yang dah aku lalui sebelum ini , betapa susahnya aku dulu kalau tidak kerana ibu bapaku yang beri semangat dekat aku , aku lalai , aku fikiraku dah masuk universiti sudah cukup tapi tidak  , aku buang masa .

saat ini aku baru tersedar dari lamunan , aku hanya membuang masa cuti ni , aku tgk drama korea hari-hari , selepas aku tgk drama cinta teruna kimchi , aku terus sedar yang aku telah hanyut .
tiba-tiba aku rindu surau yang amat indah yang aku pernah jejaki semasa aku matrikulasi , aku rindu nak dengar azan yang amat menyentuh hatiku dan bacaan Yaasin yang amat merdu , aku rindu dengan solat jemaah , tazkira maghrib , bimbingan putri , bacaan surah al-mulk sebelum tidur dan mathurat setiap pagi .yang paling aku rindu , waktu berbuka puasa bersama-sama berzikir , first time in my life and i found it beautiful . aku bukan budak asrama aku hanya sekolah harian , jadi aku jarang menghadapi situasi tersebut. aku amat beruntung aku dapat kat sana.

aku akan berusaha selepas ini , aku nak tunjukkan apa yang aku mampu aku lakukan . inshaAllah .
aku perlu cari ilmu bukan ilmu cari aku , aku faham sekarang semuanya , aku harap aku akan buat sehabis mungkin walaupun ekonomi sekarang tengah gawat tanpa disedari . fighting !!!


selamat malam

Monday, 25 January 2016

hot stuff and famous

- January 25, 2016 0 comments
Assalamulaikum

Malam ni aku craving nak makan donut yg biasa makcik jual kat tepi jalan tu lapar sangat ni tapi mane la nak dapat donut malam-malam ni jadi aku makan la sekeping roti gardenia sunnguh enak dimakan begitu saja . Muka aku pulak tengah menrgeyam sebab sabun muka aku dah habis , stock tengah otw so memang banyak la pimples yang akan berleluasa nanti but yeahhh aku lupa nak pakai aloevera mask and bioglo acne nanti laa lepas ni .

okkk now aku ingat nak story pasal  aku yeahh .

tapi aku nak cerita jap pasal zaman sekolah rendah aku dulu sebab kawan aku baru buat group whatsapp sekolah rendah . lama gila tak tau pasal dorang aku dah nak dekat 7 tahun berpisah dengan dorang sebab aku pindah dari sana . boleh dikatakan 2 hari ni aku asyik throwback je zaman sekolah rendah dulu aku yang suka main kejar-kejar lepak kat bilik pengawas dan tak pernah tak masuk persembahan nyanyian kat sekolah tu sebab nak lari dari belajar hahaha . aku dulu nakal jugak laa selalu la tak siapkan kerja sekolah sebab aku nak main dengan kawan-kawan haaaha . banyak jugak lah hal aku dengan kawan-kawan selalu buat gembira menangis semua ada . crush aku pon ade hahaah punya lah payah dulu cari mana hilangnya dia haa sekarang dah dapat no dah hahaha.
aku rasa dorang semua ingat aku lagi kut sebab aku yang selalu buat masalah dalam kelas tu .hahaah

baik sekarang aku nak cerita pasal aku kat dalam kelas aku.
semenjak sekolah menengah aku dapat sekelas dengan budak-budak hot kat sekolah dan juga di matrikulasi dan sekarang di universiti . aku dapat satu kelas tutorial dengan budak hot sem 1 kat U tu . bezanya zaman sekolah menengah aku rapat dengan mereka sebab dah 3 tahun dapat sekelas rapat jugaklah sampai sekarang . zaman matrikulasi pulak memang rapat tapi ada macam-macam benda yang jadi hahaha kadang budak hot ni tak seperti yang disangka-sangka . kalau kat  U pulak aku baru sem 1 dan tak pernah bercakap pun dengan salah seorang daripada mereka.

yelah aku perempuan dan mereka lelaki. ada jugak kawan aku tanya aku kelas dengan mereka kan dapat info ape-ape tak ? well itu bukan hal aku nak cari info pasal dorang sebab ape , sebab masa first masuk dulu aku pernah jugak tertanya-tanya kenpas budak hot tu tak dtg kuliah dgn kelas , rupanya mereka pergi melancong lah kempen lah ape lah so lepas tu aku tak amik tahu dah . aku tak pernah cakap dengan mereka even dekat dalam group whatsapp kuliah . aku admit sem 1 ni aku sedikit pendiam but i will participate in the next upcoming semester . 

tak lupa jugak dengan budak perempuan yang famous delam kelas aku , bukan famous hot stuff tu tapi famous dengan aku boleh kata kebolehan dengan kecerdikan mereka dalam membuat program dan kespontanan mereka dalam kelas boleh dikatakan aku dah nampak siapa yang  nak jadi calon mpp nanti . i'm really happy working with them , they treat me with nice and lovely . biasalah dah nak habis sem aku baru nak rapat dengan mereka sangat merugikan , aku nak kenal mereka dengan lebih dekat . 

lagi satu kalau ada teamwork dengan dorang lebih-lebih lagi kalau bab promotion ni memang best laaa mcam aku masa entreprenual dulu aku dapat la satu team dengan 2 orang yang dikenali ramai ni so orang ramai datang dan membeli baran dari gerai kami . its an the best ever experience that memorable to me .

so , kita perlu sesuaikan diri dengan persekitaran . grab anything that will become profit to our self .

honestly  aku tak tahu kenapa aku cerita pasal benda ni . 
but i have some advice  jangan ingat some hot stuff  saja nak menggedik ke apa tapi mereka memang menyerlah dan setimpal dengan apa yang mereka lakukan .

lain yang aku nak cerita lain pulak yang aku taip hahahaha


good nite 



private

- January 25, 2016 0 comments
Assalamualaikum ...

aku baru lepas tgk ajl 30 and ayah aku takeover tv so aku pon fine dan buakak lappy rindu pulak nak post kat blog .

aku tgh pening dari petang tadi mungkin sebab aku minum ice blended green tea aku beli dekat pasar malam yang terlampau manis dan tak rasa langsung green tea dia sebab dia campur dengan oreo . lain kali tak nak beli dah pening gila minum.

so, today aku nak luahkan pasal aku punya  instagram account.
baru-baru ni aku buat satu lagi private instagram account dan orang tanya aku dah kenapa kau nak buat dua account mcm artis dah and so on .

aku tahu dan jelas aku bukan seorang yang  digelar "instafamous" sampai nak buat dua account bagai but actually aku tergerak hati nak buat satu lagi account lepas aku baca salah satu tweet kat twitter kat situ org tu taip pasal aurat perempuan . macam mana lelaki react dengan gambar perempuan cantik tak kira sapa perempuan tu . aku pon takut pulak bila baca . account aku yang first followers terdiri daripada kawan-kawan aku , family dan ada jugak orang yang aku tak kenal . aku punya post semua tutup aurat aku akan make sure aurat tertutup kadang aku edit bagi npk dia pakai handsock stokin bagai . secara tiba-tiba terlintas kat fikiran aku yang walaupun aku post gambar tutup aurat then lelaki ni insecure dengan orang yang ada dalam gambar tu (of course lah kawan aku yang flawless cantik bagai) dan dia teringat gambar yang aku post tu gambar dengan kawan aku tak ke aku rasa bersalah dan berdosa sebab pernah satu hari dulu kawan aku (lelaki) pernah tanya aku siapa kat dlm gambar yang kau post tu ? cantik arrrr. bila aku fikirkan balik seram weh . Astaghfirullahalazim .

justeru itu , aku pun dengan pantas delete post aku kat first instagram aku yang tinggal hanya gambar makanan , pemandangan dan gambar aku graduate matrikulasi dulu . kenapa aku tak delete gambar graduate matrik dulu sebab tu gambar satu kelas gambar tak berapa nak formal tapi dalam posisi fromal hahaha ape yang aku merapu ni gambar candid laa hahaah dan aku nak jawab pertanyaan kawan-kawan lama aku yang tanya perkembangan aku selepas sekolah menengah .
 account tu masih digunakan sebab aku pon nak follow kawan-kawan aku .

oleh yang demikian , aku buat satu private account yang baru di mana aku hanya follow kawan-kawan dan saudara-saudara perempuan i repeat perempuan sahaja lelaki tidak dibenarkan . tapi jangan fikir kau buat account untuk perempuan sahaja lelaki tak dapat tengok ? kalau kawan perempuan dia bagi tengok macam mana ? so kena jugaklah post gambar yang tutup aurat sebagai langkah untuk berjaga-jaga.

sekarang aku rasa lega sikit dan tak ragu-ragu nak post gambar selfie or video sebab semua followers perempuan dan aku harap yang tengok dan liked tu seorang perempuan. aku rasa aku dah buat sesuatu yang mencegah daripada keburukan . inshaAllah .

last , you know who you are .
make the best choices for yourself , others and of course as Muslimah .


xoxo




Thursday, 14 January 2016

upgrade

- January 14, 2016 0 comments
assalamualaikum ..

hi ? how are you ? i'm fine ...

dah lama tak update blog haha ... sibuk final exam .
semester 1 banyak ajar aku banyak benda yang harus aku upgrade di semester akan datang bulan 2 ni .. yeaaaa sekarang aku tgh bercuti di rumah sendiri . i know it fun hahaaaha

dah masuk tahun 2016 means that i dah 20 tahun . okay semua orang kata umur je yang naik . habis kau nak biarkan benda yang sama every year ? not me nak buat mcm tu , maybe perangai aku sama sebab aku tak boleh nak ubah yang itu tapi aku boleh ubah yang mana yang tak berapa nak baik jadi lebih baik , i'll try my best to change for the future yang aku tak pernah tahu apa yang akan aku hadapi mungkin aku akan pergi dari dunia yang smentara ini :)  .

tahun ni aku nak flawless kan muka aku yg penuh dgn bekas jerawat ni haahah
nak stabilkan my BMI supaya aku lebih sihat dan takyah susah-susah nak pilih baju haaha
even i  don't know why aku amik course business aku akan cuba fokuskan ke arah itu . manatahu aku dpt inspirasi dari apa yang aku belajar .

selama ni aku tak cuba nak menyanyangi course yang aku amik sebab tu laa habuk pon tak masuk asyik ingat2 lupe je .aku terfikir kenapa dari sekolah menengah lagi aku tak suka apa yang aku ambil sekarang ni tapi aku asyik dpt sambung belajar course yang aku tak berapa nak suka especially economy . hurghhhhh but now management ,i hate it .
i hope i can love business

makes a lot of friends not having lots of relationship hahaha
makes new innovation for yourself
yang penting sekali upgrade iman .
semakin meningkat umur semakin bertingkat-tingkat iman kena tingkatkan.
upgrade everything .


bye


Saturday, 12 December 2015

dari cerita

- December 12, 2015 0 comments
ASSALAMUALAIKUM ....

lama sungguh aku tidak menaip di sini , mungkin harini aku bernasib baik kerana wifi di sini amat laju ...

aku baru lepas menonton movie atau telemovie aku tidak pasti akan hal itu . tajuk ceritsnya "the duff" . actually, aku nak menonton "hotel translyvia 2" tapi tak dapat tertekan pulak cerita tu , jadi aku pun tengok jela.

apa yg aku dpt dari cerita tu adalah fikir dahulu sebelum percaya apa yang org lain ckp kat kau . 
yela , kau lebih percaya ckp org yg kau baru kenal ke dgn org yg lama susah payah dgn kau (your sahabat not ur gf or bf yg tak halal tu). of course kau lebih percayakan ur sahabat right ? think.

tak semestinya orang yang kau suka  menepati apa yang kau suka , mungkin kau nampak luaran dia . kadang org yg berada di belakang kau yg menjaga kau yg make sure kau tidak disakiti . okay stop pasal ni hahah ni pengaruh cerita.

crush. berderet list kalau ckp pasal crush ni. aku ? kalau aku , aku tak nak cerna nama dorang pasal dorang semua  sebab it will make you feel so bad if they found someone special and its not you, hahahaha, banyak experience dah aku niii . itulah jawapan aku bila org tanya nama penuh, no phone, gambar dlm phone birthdat semua , aku hanya akan igt account insta and twitter je . 

final lagi dua minggu , aku ? hmmmmm. banyak sangat alasan yg diberikan . actually aku takut nak hadapi semua ini . tapi bila aku dpt whatsapp dari kawan aku ni yg dismiss dip pastu nak masuk matrik , ruginya ... tapi aku tak ckp pape sebab benda dah lepas mungkin dia dah puas fikir nak buat semua ini,. jadi i learn from him , feel grateful dgn ape yg kau dah dpt ni . aku harap dia dpt pilih jalan yg sesuai utk hidup dia . satu jee , jgn malu nak belajar even berapa pun umur kau . yg penting niat nak belajar kerana Allah SWT . 

dua hari yg lepas birthday my bff yg jauh di utara dan aku di pantai timur. mungkin tak semeriah seperti yg tahun lepas sahabatku sambut birthday sebab misunderstanding dgn dua org lagi . aku jadi org tengah . esok sambung aku ngantuk ...

nite

Tuesday, 13 October 2015

1437

- October 13, 2015 0 comments
Assalamualaikum ,

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah s.w.t kerana limpah dan kurniaNya kita telah sampai ke 1437 hijrah .

aku teringat ada seorg ustaz ada mengatakan berapa lama lagi kita akan hidup di dunia ini , dah masuk 1437 berapa lama lagi kita akan sampai ke penamat (hari kiamat ) ? wallahualam . kuasa Allah .

tahun baru azam baru , semua org ada azam setiap tahun , masa dulu mcm2 laaa azam aku nak tu lah nak nilah , zaman sekarang ni ada org azam nak cepat kahwin laa ape laa nak kerja dptkan iphone 6s laa . mcm2 ....

marilah kita bertukar untuk berhijrah menjadi yang lebih baik untuk menjadi hamba Allah s.w.t .
mcm aimanbanna ckp jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai crush kita everytime nampak laki hensem yg lalu kat mana2 ingat crush kita Rasulullah SAW . mcm mana nak jadikan Nabi Muhammad sebagai crush kita baclah buku #Henshin by aimanbanna .

semua masalah ini semua perempuan alami pasal crush2 , bohonglah kalau kita pergi kat satu2 tempat takde crush kan , walaupun org lain tak tahu tpi Allah s.w.t tahu . yg sebok2 mencari tu better u cari mcm mana nak balas jasa parents u , even parents u dah meninggal buatlah utk diri u dan kebajikan .

mcm aku same jee , rasa mcm takde sape nak aku .. mcm tak laku je aku .. tapi aku pegang dgn satu ni dulu , nanti adalah jodoh kau tu just prepare je mcm lagu kasih kekasih by in-team . i like that song . hahahah ,

sekarang ni aku dekat salah sebuah universiti di Kelantan.... suasana mcm biasa jee , but kat sini surau tak sebesar surau Al-Huda di matrik dahulu  . tpi aku cuba utk mencari . bilik aku tingkat 4 org buat ceramah dekat masjid sampai bilik aku dengar Alhamdulillah . tapi kat sini amat mencabar sebab nobody tegur if u buat salah u nobody nak bagi ceramah kat u everytime . ada tu ada but tak banyak except u ada roommate classmate kawan , alhamdulillah roommate aku always bagi nasihat .

jaga pandangan , always jaga pandangan uolls kat sini nampak je mcm single but dah ada yg punya u x tahu tu , hahaha .... normal lah kan yg tu , so better takyah susah2 nak stalk dorang nnti kuciwa .
lagi satu group whatsapp , dahberpuluh dah group whatsapp aku , percampuran lelaki dan perempuan , kita tak boleh elok except lecturer dah tentukan mcm one of my lecturer bahagikan yg puang dgn puang yg laki dgn laki . i suka mcm tu . sometimes de je org yg buat emoji yg pelik2 u mula fiir mcm2 , pastu u syok sendiri padahal org tu takde pape pon , so u kena letak penghalng hati u dekat situ jgn patahkan penghalang kat situ .

jadi lebih baik , aku nak jadi lebih baik , apa yg aku tak mampu nak buat pada tahun lepas aku akan cuba pada tahun ini , contoh nak jadi kurus (i'm serious) . nak belajar sampai otak faham , jgn main2 , kurangkan mnx duit kat parents banyak sgt , nak jadi lebih confident boleh ckp kat hadapan , boleh buat semua sebdiri . pandai masak, nak hapuskan jerawat , nak hari2 baca Al-Quran hari2 dan buat solat sunat selalu , join usrah banyak2 , kurangkan baca novel cinta , kurangkan makan , dan yg paling penting selain menjadi seorg anak yg solehah menjadi hamba yg lebih baik di sisi Allah s.w.t .


salam maal hijrah .
 

gadisKismis Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review