Thursday, 25 May 2017

Listener

- May 25, 2017 0 comments
Assalamualaikum 

First thing first, I'm very grateful because my hectic semster is finaaly over just around the corner. Of course it is not over before the final examination 😪. There's a lot thing that i had faced for the past two months u ntil now. Surprisingly this semester showed everbody who really i am. Yeah 😔 I'm not fear to talk in front of 100 people anymore. Sometimes it's feel good and sometimes you feel bad. But I don't give up, daa people makes mistake. This is my first time so, you better remembered what happen when you first time doing it. 

Okay enough for that experience, now all my assignment and presentation ar all done. I'm happy for that. So like usually it's time for me to take time to rest at home. When I'm reaching home I'm always have this mood turn on "tired" I'm very tired from all of this problem because when there's the end of the problem there must be another problem. I hate to be the middle person for the problem. 

It's not because I don't care anymore about my best friends but we're too old to be in this kind of situation, we suppose to support each other not to blame or jealousy with each other. Come on babe !!! If you read this i want we having fun like before okay like our time in high school before.

I'm very sad 😢 Because every time i want to come home jauh jauh uolls boleh bergaduh. Penat tau layan karenah manusia ni, lepas satu satu, habis siapa nak layan perasan aku pulak. Korang je yang ada masalah, just like only u have the serious problem. Me ? Yeah pakar pendengar segala masalah korang. When i tried to speak about my problem what you guys doing ? Pay attention just for a second and then play your dumb phone. It hurts me sometimes. Its true I don't have a boyfriend, scandal or private counsellor to speak to them, sejak dulu i mmg tak pernah cerita masalah in front of my family. 

Because of that, now i never tell a story about my problem or whatever to anybody. It's not woth it. You let me speak but you don't listen. Sometimes you've listen but then you turn into your problem. Asdfghjkl !!!!!!!

Selalunya orang yang kita perlukan jauh dari kita, yes. I knew someone that is really know me and I've never pretending in front of her but she's so far away from me right now and I'm missing her 😭😭😭 

Aku bukan tak ikhlas dalam nak dengar problem kawan aku, but kalau kau beria ria cerita dekat kawan kau masalah kau and they don't listen to you, what do you feel ? Sometimes they think that you doesn't have any bad feeling for someone. 

Goodnite 🌙

Friday, 7 April 2017

Facing Reality

- April 07, 2017 0 comments
Assalamualaikum


Perkara pertama sekali aku nak marah dekat diri aku sendiri sebab mudah sangat percaya kat orang. Tak fikir dulu sebelum buat, lepas tu nampak diri sendiri macam orang bodoh. Masalah jugak dengan aku yang peramah ni, bila bercakap susah nak berhenti 😓😓.
Pastu terlepas benda-benda yang tak sepatutnya, dah banyak kali dah remind dekat diri sendiri jangan bukak aib orang nanti orang bukak aib kita, tapi aku ni hmmm.




 cantik kan Melaka River Crusie waktu malam nanti aku nak honeymoon kat sini hoho kalau tak dapat pergi Sabah sini pun jadi. ahahaha. cuti kali ini aku tak dapat nak cuti cuti malaysia sangat sebab family aku busy ada program itu ini lah ape lah, haritu pon dapat kejap je itupun aku rasa lebih banyak luangkan masa atas jalan, traffic jammed.
Tambahan pula, dengan ahli keluarga aku yang tak cukup, kurang seorang. yelah bila kita dah semakin besar ni banyak hal yang kita perlu korbankan. 
Tapi aku bersyukur kerana aku masih ada peluang untuk bersama-sama dengan keluargaku walaupun tidak seperti yang aku impikan. Rindu laa pulak. Selalunya kalau aku rindu, aku terus call parents aku, tapi sekarang aku sorang-sorang kat sini nanti menyesal tak sudah.

Image result for alone

Masa kau tengah sorang-sorang ni lah kau akan terfikir, sebelum ni aku ada kawan (roommate aku tak balik agi), bila kawan kau tu tiada dengan harapan orang lain will be there for you, akan sentiasa ambil berat pasal kau makan ke tak boleh ke tak tidur sorang-sorang, kalau bernasib baik ada kalau tak padan muka. 

Macam aku sekarang dulu tahu maksud berdikari tanpa family, but sekarang aku tengah belajar berdikari tanpa kawan. "Sometimes we need our own space" itu berbeza. Dulu aku tak alert dengan semua ni aku fikir dia ni ada dia ni ada so don't worry,  but now in reality we have to face it alone. Sama jugak nanti kita dekat dalam kubur sorang-sorang.

Patutla haritu kawan aku ada cakap dengan aku, "bila boyfriend dia takde bila aku takda as a bestfriend jauh macam mana aku nak lalui semua sorang-sorang", mungkin macam ni apa yang aku tengah rasa sekarang ini. 

Related image

Mungkin kita tersilap langkah dalam membuat sesuatu keputusan, tetapi memang akan ada hikmah disebaliknya, mungkin kita akan mempelajari sesuatu, mungkin Allah hendak uji kita macam mana kita mampu melaluinya. Aku memang nak salahkan orang lain dalam sesuatu benda yang aku lalui gagal, tapi aku silap aku tak pernah nampak apa yang aku buat itu salah dan aku selalu nampak apa yang orang lain buat itu semuanya salah. itulah manusia selalu mencari kesalahan orang lain tapi tak cermin diri sendiri dahulu.

lepas ni wahai diriku sendiri, jangan mudah percaya dengan orang, kejap aku dipermainkan ? salah anggap ? ni la lagi satu cover la sikit kalau kau suka kat seseorang tu, memang kau tak pernah kata tapi tindakan kau tu yang membuatkan orang disekeliling kau nampak ! malu la sikit dekat diri sendiri dulu kata ini kata itu akhirnya memang kau buat juga. *warning to myself

masalah jugak dengan aku orang yang jenis kuat perasan dengan senang sangat nak jatuh cintan dengan orang jatuh cinta kat maggi cintan cukuplah hishh aku ni.

Image result for assignment


senangnya kalau buat assignment kalau dapat taip laju macam aku taip entry ni senang idea tu laju je datang. manakan tidak, apa yang aku taip ni datang dari hati. kalau assignment tu kena datang dari otak yang lama tak pergi service tu hmmm.




Tuesday, 31 January 2017

memories

- January 31, 2017 0 comments
kau umpama merpati putih, patah sayapnya di udara, kau umpama merpati putih patah sayapnya di udara ........

tiba-tiba teringat lagu OAG ni.

Assalamualaikum...

Malam ni bosan teramat sangat. Aku baru habis marathon tonton drama korea bersiri Goblin. 
deabak !!!

so, aku tengok balik post aku yang sudah berkurun lama, ada yang agak kebudak-budakan aku hanya mampu gelak je. hahaha. aku mengambil keputusan untuk delete post tersebut. 

ehh kenapa kau delete ? itu semua akan ingatkan kau akan kenangan yang kau akan terlupa.

kadangkala, kenangan pahit manis ada yang perlu kita buang untuk masa hadapan. contohnya, dulu aku ada post yang aku benci dengan kawan aku, aku bergaduh dengan mereka, tapi sekarang Alhamdulillah kami dah berbaik semula. jadi aku tidak perlu ingat kembali kenapa kami bergaduh dulu, past is past. lihat masa hadapan. apa yang akan kita lalui selepas ini. kenangan akan terkubur sebagai kenangan lama. ambil pengajaran untuk masa hadapan. 

hilang rasa itu dalam diri ini, walaupun aku kenal mereka dalam pelbagai situasi yang kadangkala berikan aku pengenalan yang pahit aku harap suatu hari nanti kita akan berjumpa dalam situasi yang lebih baik. 

jalan yang berliku-liku aku hanya memilih satu, aku pilih untuk diam. diam tak bererti aku tidak ambil kisah, aku hanya memerhati adakah aku patut masuk ke dalam pintu yang aku tidak tahu apa yang bakal aku lalui setelah aku menutup pintu atau mungkinkah aku dapat keluar dari pintu itu semula ?.

kenangan pahit yang lama menjadikan aku sekarang, kadangkala yang pahit adalah yang paling manis. dari hari ke hari sakit yang dirasakan dalam hati ini tidak pernah pudar malah lagi sakit. tapi hidup harus diteruskan, bukan pengakhiran sebelum tibanya hari kiamat.

tersenyum, tiada siapa pernah tahu apa yang tertulis dalam isi hati ini,kecuali Allah yang Maha Mengetahui. kau berlegar-legar di ingatanku, di mana-mana aku pergi aku nampak seakan-akan engkau kadangkala kau masuk dalam mimpiku sedangkan aku tidak ingat pasal kau sekalipun, mungkin aku sudah gila. aku harap ianya hanya sekadar mimpi. mimpi kan mainan syaitan.

mimpi yang buat aku tanda tanya apakah yang hendak disampaikan dalam mimpi itu, hari demi hari aku fikir, dengan semua kenangan ia membuatkan aku sakit. ingatkan kau aku sakit. aku harap bukan aku seorang yang menganggung rasa sakit ini. 

rasa kosong dan kesunyian dalam diri ini buatkan aku lebih dekat kepada Pencipta. malam ini aku akan imbas kembali apa yang telah terjadi esok pagi selamat tinggal aku ucapkan, walaupun tiada siapa yang merasakannya.

aku cuma ada hati dan perasaan yang senang diusik, aku tidak tahu bagaimana hendak jadikan hati dan perasaanku kebal tidak diusik apabila bertemu dengan orang yang baru.

bila yang tertulis untukku adalah yang terbaik untukmu kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku namun takkan mudah bagiku meninggalkan jejak hidupku yang telah terukir abadi sebagai  kenangan yang terindah...

entah kenapa aku melarat taip jiwang-jiwang ni, entah apa yang aku fikirkan, lain yang nak sampaikan lain yang ditaip. hahaha


xoxo

Friday, 27 January 2017

dugaan in relationship

- January 27, 2017 0 comments
Assalamualaikum ...

tengah cuti sem ni mesti aku akan rasa bosan gila nak lapar je memanjang, bosan dengan instagram, whatsapp ye la bagi single ladies macam aku ni memang akan rasa lonely gila (so aku akan pasang lagu masa zaman sekolah dulu, tengah dengar lagu peterpan) ok tapi twitter kadang-kadang pernah kecewakan aku jugak la.

i don't know what to type in this but I'll try my best hahah.  

ok dalam tempoh aku bercuti ni makan tidur makan tidur, semua yang aku planned tak menjadi langsung... keep tangguh benda tu. tak tahu lah kan, aku rasa ramai lagi yang merasakan benda yang sama kan, alaa cuti kan. 

aku ceritakan kisah empat orang kawan aku yang bagi sedikit pengajaran kat aku.

salah seorang kawan rapat aku mesej aku dia mengatakan bahawa dia nak jadi seperti aku dan dia macam dulu dan dia perlukan someone nak tenangkan dia. Alhamdulillah kawan aku dah sedar dan aku harap dia kuat mengharungi hari-hari selepas dia putuskan hubungan dengan si dia ( also my friends) actually laki tu yang putuskan. satu lagi nasihat untuk aku jangan mudah percaya dengan sandirwara lelaki. both of them are my friend, so lepas ni aku kena hadap jugak even mereka sudah tidak ada apa-apa hubungan. sejak dulu prinsip aku 'selagi orang tu tak buat taik dengan aku selagi tu aku tak akan benci orang tu' dan biasanya aku akan bengang tahap gaban sekejap je lepas tu aku okay dah. 

tetapi kebanyakan orang prinsip 'kalau dia buat taik dengan aku semua keturunan dia aku benci', 'bestfriends kalau seorang benci dia juga akan benci sekali'. maaf aku tidak berapa setuju dengan prinsip ni. as a human being, siapa je yang nak kena benci. aku pernah disebabkan prinsip-
prinsip ini aku dengan kawan aku pernah bergaduh, mula aku tak sedar dah jadi teruk baru aku sedar. orang cakap, kau cakap la dengan dia prinsip tu, bagi aku takkan lah aku nak cakap macam tu kat dia, nampak sangat yang aku tak suka dia, so aku biarkan buat apa yang perlu, Alhamdulillah sekarang kami okay, advice: ambil baiknya, yang tidak baik kita tinggalkan.

LDR long distance relationship, i never experienced it. but someone i knew is experiencing it. everyday she cried. both of them are student just like me, jarak umur mereka 2 tahun i guess dan mereka bukanlah satu universiti. they never meet not even dated face to face.  once again she said, "best nya jadi macam kau tak payah nak fikir bukan, rindu, menunggu macam orang gila", masalah dia pasangan dia dah jarang contact dia, sebab study nak exam nak memenuhi expectation semua orang (nak dpt dekan), perkara pertama aku fikir, mungkin laki dia dah beralih arah maksud dah bosan dengan kawan aku dia cari perempuan lain. ada seorang kawan aku LDR jugak tapi ni sorang study abroad sorang study dalam negara je, tapi mereka hari-hari contact. kalau aku kat tempat kawan aku pun aku akan rasa yang dia mungkin ada orang lain, tapi takkan la aku nak cakap kat dia begitu. so aku beritahu yang kita perlu percaya kat dia supaya nanti tiada salah faham, kalau ada bukti baru boleh gaduh hahaha. percaya tu penting, jangan terus assume macam kat orang tu. Alhamdulillah, everthings fine. 

Nak berubah. banyak kali kawan aku ni cakap dia nak  berubah, aku tak tahu la selama ni dia nak berubah macam mana. aku sayang gila kat kawan aku ni, dia nak berubah ke arah kebaikan. hidayah Allah ini luas dan datang macam-macam cara. aku sokong 100% . masa dia beritahu aku dengan kawan aku yang lain yang dia nak masuk sekolah pondok (belajar ilmu agama)  aku tersentap gila, yelah aku ni pun kalau ada kesempatan nak pergi jugak nak dalami ilmu agama, tetapi aku nak balas jasa ibu bapa aku dan semua orang yang membantu aku, cikgu-cikgu aku , nak berjaya sampaia aku dapat segulung ijazah dan dapat kerja. InshaAllah. istiqamah, susah sangat , aku tengah alami susah nak istiqamah, aku sendiri pun tak pasti kenapa aku ni susah sangat nak istiqamah, dan aku tengah berusaha untuk istiqamah dengan baik. ok kawan aku tu dia beritahu dekat boyfriend dia yang dia nak berubah bla bla bla.. sejak tu hubungan mereka ada masalah. dia luahkan kepada kami, lagi-lagi aku yang tak pernah alami situasi ini aku hanyalah tumpukan kepada percakapan dia. mungkin BF dia perlukan masa nak hadam apa yang GF dia cuba nak sampaikan, sekarang mereka seems okay. dalam relationship ni kita kena apa apa pun berbalik kepada niat kita nak apa sebenarmya nak have fun ke nak ke syurga Allah bersama. 

tiada sebab. yes, kawan aku dapat mesej yang pasangan dia tiba-tiba mintak putus. both of them are my friends too. before this, aku tengok mereka macam dah bertunang dah. selepas si laki tu tiada peluang nak sambung pelajaran ( actually ada banyak cara tapi entahlah) dia mungkin dah fikir apa yang akan dia nak buat selepas ini. jadi, aku rasa dia ambil keputusan nak putuskan hubungan dengan kawan aku ni, sebab dia terasa tangunggujawab dia. sememagnya, family comes first, beban kat bahu dia. dengan keadaan family dia yang tidak sempurna kerana ketua keluarga sudah tinggalkan mereka dan beban family dia terletak di bahu dia dan abang dia. besar tanggungjawab itu, aku tahun dia sayang lagi kawan aku but ada pepatah mengatakan "if you lover her, let it go". kalau dia jumpa yang lebih baik dia, dia akan bahagia. siapa tak nak tengok orang yang dia sayang bahagia kan. itu namanya perngorbanan. 

orang ketiga. kawan aku tengah confuse dengan pilihan dia. semua hubungan ada dugaannya, kita akan jumpa orang yang lebih baik dari pasangan kita, kita dah ada someone lepas tu datang seseorang yang macam magic kita nampak dia baik, faham pasal kita semua. tapi pernah tak kita fikir yang dah ada sekarang ni pernah lalui saat susah senang bersama ? terima baik buruk kau, dia pernah dengar kau kentut, tidur ternganga ? kau masih nak nyatakan yang orang baru kau kenal tu yang terbaik untuk kau . walaupun dia sudah tahu mengenai orang ketiga itu, dia still bagi peluang dekat kau untuk kau explain kat dia, sampai menangis dia kau buatnya, kau pernah fikirkan tak ?. hargai lah seseorang itu. semua orang cakap, pilihlah orang yang sayang kau dari orang yang kau suka. ayat-ayat manis tu memang boleh campak dalam gaung rasanyaa. pilihlah yang terbaik.

that's all.

selalunya kita akan mudah terpesona dengan ayat ayat manis lelaki. itu semua helah dia. mereka tak matang lagi. sebab itulah aku single sampai sekarang. aku tak nak tersalah pilih, aku nak just the only one, the right one. 

okay dah mengarut hahahaha. tiba tiba malam ni nak jiwang pulak haahahah.




Wednesday, 26 October 2016

mid sem break !!!!

- October 26, 2016 0 comments
Assalamualaikum ...




                                               Image result for mid sem break
finally midsem break !!!!!
mengharapkan line wifi laju nak tengok macam-macam movie drama semua, tapi hancur musnah rancangan aku cuti ni.. line lambat terlalu lambat yang  boleh bukak youtube je nak tengok movie online boleh jalan lah.

ok takpa.

                                             

hari tu aku termimpi something weird macam cerita alien haha, aku tak ingat siapa kat dalam tu tapi yang pastinya aku nampak dalam mimpi aku wajah arwah atuk aku, pakai baju melayu warna pink (ma favourite colour) pakai kopiah warna putih (selalu jadi favourite arwah atuk aku)  ehh jap haritu aku ada mimpi tak silap aku, aku pun pakai mcm jubah or baju kurung tudung warna hitam tapi lain-lain mimpi... hmmm seriously aku tak igt aku mimpi pasal apa tapi aku hanya ingat arwah atuk aku,

okay letak  tepi pasal mimpi .

                                               Image result for is it a crime being single

  lately, ramai yang membincangkan isu panas iaitu "kenapa kau single lagi?". banyak lagi kot benda yang kau nak kupas selain daripada isu ni. like is it a crime being single ? kena saman ke ? no sisturr semua. or you don't believe in love ? i believe in love, i love my family my friends and all but i just don't like to be in relationship, i think its wasting my time that i have supposed to spare my time with Allah SWT , my family my friends and of course myself. i will think about "love" and be in HALAL relationship (marriage)  after i get my degree and full time work. within the time i will prepare myself to be a good wife. hahahaahahahah


haaaa baru teringat...



pernah tak ..korang satu teammates dalam satu programme then someone yang different gender tengok korang lain macam, scary u know... masa tu aku tengah buat kerja khusyuk angkat je kepala ada orang tengok korang.. kalau saje tu lain weh , dah la aku first time kerja dengan mereka jadi segan pulak, seriously aku tak suka orang pandang macam tu, lagi-lagi satu kumpulan aku memang dah tak selesa masa tu, dari perpekstif aku dia bukanlah seorang pervert i just don't know yelah ingatkan aku punya seluar stokin ke koyak tengok takde pon. masa last day programmed tu aku duduk la dekat kerusi kosong tempat semua orang berkumpul untuk last meeting, group kami yang last, aku seorang yang baru gerak kawan aku lagi sorang pergi toilet, alih-alih dia duduk sebelah aku rapat pulak , ya Allah dalam hati aku pergila jauh sikit aku tak  kisah duduk sebelah tapi gila la tak bernafas aku .. nak cakap pon aku rasa tak mampu apa yang aku buat just duduk diam jela mengharap kan kawan aku lagi sorang duduk sebelah aku ...

yesss finally datang pon minah sorang ni... baru boleh bernafas aku, terus aku bagi muka renyuk aku dekat kawan aku hahah rapat kat kawan aku dengan harapan dia faham aku suruh dia blah dari situ, 2-3 minit la teammates aku yang lain datang baru dia blah dari situ. fuhhhhhhhhhhhhhhhhhh
terus kawan aku bisik aku cakap ingat siapalah pasangan kekasih yang mesra sangat tu. hahahahah
hadoiii

aku lepas ni takyah la nak teserempak kat mana-mana kat kampus tu, kadang susah jugak nak nampak or selisih dengan senior kat kampus ni... malangnya boleh dikatakan hari-hari la aku teserempak dengan dia tapi aku buat dunno je , sebab semua yang kenal aku , aku takkan senyum or sapa seseorang lelaki dengan selamba even pernah satu group or satu kelas, kalau dah kenal tu takpa laa .



nampak macam aku ni memilih or gedik kan.
actually aku tak nak perasaan tu hadir dalam fikiran aku sekarang ni , it is not the right time.
i will never open my heart to anybody in this time..
like weh aku tak pernah bercinta kot, gilalah kalau aku tiba-tiba bercinta pulak
lama aku jaga weh aku takkan bagi "cinta" kat seseorang yang aku baru kenal .
not this time okay.

sindrom single


kenapa sindrom single ? entah aku main hentam cakap.

nak crush takpa ... macam aku setiap semester tukar crush hahaahah...
for this semester tak jumpa lagi,, ehhhhh dah jumpa laa sorang satu lecture dengan aku huhuhuh
but i rasa dia dah ada girlfriend. yelah lelaki mana je yang single umur macam ni ... takpa i still crush on him. dah lama dah aku nampak dia actually tapi dulu crush kat orang lain hahahaahah.
dia ni boleh dikatakan ahli geng surau la. haha

keep going gadiskismis !!!! inilah cara aku study to meet the right person. whether jodoh kau ke tak tu belakang cerita just crush on him. tapi satu je jangan sampai kantoi nanti mana la tahu kau satu group dengan mereka ke takde la malu nak tonjol muka hahahahahah.
crush yang lama tu boleh dikatakan as ex-crush tu boleh buat conclusion dah ye.
pesanan ringkas jangan follow crush kau dekat instagram or twitter just stalk je okay. sebab bila kau dah tahu dia ada girlfriend baru and dah habis semester takde laa kau asyik teringat je dia okay, boleh move on dah. terserempak tepi jalan or nak pergi class pon kau buat selamba macam ex boyfriend kau. aku kan rasa confident bila aku dah tak crush dengan orang tu entah kenapa entah kenapa ...tapi rasa macam seronok pulak ...hahahs . nampak macam kejam ke ? no kan, dorang tak tahu apa-apa. hahaha insane !!! takde kerja .

okay tu untuk orang single macam aku ni. yang tgh bercinta jangan nak cakap banyak sebab kau tak pernah alami sindrom single ni hahaah  yang kau tahu nangis merajuk nak makan kat mana nak jealous certain couple laa bukan semua okay.

whatever it is keep going healthy and happy ...
get a life bro and sis !!!!

dah dah la merapu tu.

xoxo

Sunday, 23 October 2016

duit

- October 23, 2016 0 comments
aku seorang jutawan !!!!!! i'm millionare !!!!!

alangkah bagusnya aku ada duit banyak nak beli semua benda yang aku nakkk

duniawi betullll !

hmmm kalau la duit tu ada pokok free pulak tu bila-bila boleh ambil.

sedar tak sedar dunia semakin maju tapi dunia aku ?

aku perlu fikir esok berapa lagi duit tinggal ? ape makanan yang murah ?

dunia seorang student yang tiada part time job.

duit

nak belajar kena ada duit. yuran semakin mahal...

setakat ni kisah aku untuk sem ni baru midsem

duit ptptn aku tinggal rm600 selepas tolak yuran dan potongan wpp untuk satu semester bersamaan 6 bulan. duit tu aku gunakan untuk beli buku, makan , print assignment and etc. sekarang duit tu tinggal kurang dari rm100 untuk sem ni. ada lagi buku tak lengkap nak photostat pon fikir banyak kali just beli buku untuk subject yg betul-betul guna je.

alhamdulillah sem nia aku dapat ramai lecturer yang sporting yang amat memahami keadaan kami.
aku terfikirkan masa aku first year, heaven kauuu... duit banyak pergi shopping sana sini... tapi satu je aku tak buat pergi cafe hispter.

business ? ramai dah kawan aku adi agent itu ini, pulangan ? tak memuaskan, produk yg dijual tu pun boleh dapat even kat pasar malam, tudung ? berlambak . aku teringin j ugak nak buat blouse semua tapi modal mana nak dapat ? nak jahit semua even my mom pun tak larat.
adapun business sekejap tak lama dgn kawan aku, tu pun sebab busy dgn assignment tak larat nak buat.

kais pagi makan pagi , that's me .. nak mintak duit kat parents pon serba salah sebab bukan aku sorang anak dorang. hari-hari hadap nasi bujang tu pun ada kedai yang dah naikkan harga wtf !!!
kalau hari isnin dgn khamis puasa .no junk food.

dulu waktu first year banyak duit, aku lah pelanggan setia salah satu gerai ni kat pasar malam or pagi kedai yang sama aku beli makanan favourite aku, peniaga tu pun dah cam aku, tahun ni just lalu je.. teringin tu teringin tapi duit tarak.

tahun ni aku cuba nak aktifkan balik nak gain experience semua guna duit jugak mulanya kena beli baju itu ini, then fikirkan balik it just beginning banyak lagi aku perlu belajar, berbaloi.

bila aku fikirkan balik elok jugak bila  duit dalam bank sikit sebab aku beringat sikit betapa susahnya parents nak cari duitand aku fully focused kat study, masa banyak duit dulu weekend nak pergi tulah nilah banyak shaitonn yang menghasut. hope apa yang aku anggap ni boleh motived aku.

xoxo

Monday, 3 October 2016

pengalaman

- October 03, 2016 0 comments
assalamualaikum...

sudah sekian lama aku tidak update blog.
kali terakhir aku menaip, dirumahku.
aku datang kembali ke sini (ipta) dengan harapan yang baru.

sebulan aku tidak dapat update blog kerana aku menyertai program yang julung gemilang dilakukan di universiti ini setiap tahun. Alhamdulillah niat aku tercapai jugak dari semester lepas untuk menyertai program ini.

penyertaan aku bermula dengan saja-saja mengisi borang online untuk menyertai program tersebut bersama rakan sebilikku, kami hanya mencuba dan tidak menjangka kami akan terpilih, tanpa aku sedari nama yang terpilih sudah tertampal di papan kenyataan. aku tidak sempat untuk menjenguk papan tersebut kerana hari itu adalah hari yang amat sibuk bagi kami sebilik. rakanku kata tiada nama kami disitu, aku sudah menjangkakan itu , malam itu juga aku membuka facebook rasmi ipta aku, apa yang aku lihat ada tertera namaku di dalam gambar senarai yang terpilih untuk interview dan aku berasa kecewa kerana tarikh untuk interview sudah lepas 5 jam yang lalu.

aku tidak menyalahkan sesiapa kerana aku sendiri yang tidak melihat senarai nama tersebut. terasa agak terkilan kerana nama rakan sebilikku tidak berada di situ. tarikh sudah lepas aku hanya diam pada malam itu kerana aku fikir itu adlah salah satu peluang aku untuk aktif di universiti. pagi keesokkannya aku Whatsapp dengan rakanku yang lain, dia kata '"you should try whatsapp the interviewer and let the things happen" , so aku pun cuba hubungi interviewer tersebut, Alhamdulillah aku diberi peluang untuk di interview.

setelah di interview, aku naik kebilik pada masa itu rakan-rakanku yang lain turut berada di bilik. setelah aku di interview dengan rakan ku pula tentang hal yang berlaku, aku mendapat daripada . aku dengar rakanku berkata " eleh dorang pilih yang hotstuff je". aku terkedu. aku juga turut berkata "mungkin, aku just cuba". pada hari itu aku diracuni oleh fikiran mereka bahawa mereka hanya meimilh paras rupa.

dua hari kemudian, senarai nama telah dikeluarkan dan Alhamdulillah namaku tertera disitu.
seperti baisa rakan rakan ku tidak berkata apa-apa kecuali rakan sebilikku yang bagi banyak nilai posotif.

jadi, bermulanya hari itu, aku mula sibuk dengan segala persiapan program itu. aku mengenali sesetengah orang yang sedang menjayakan program tersebut ada juga yang aku kenali orang yang annoying pada semester satu dan totally berubah perspektif aku terhadap dia apabila aku menyertai program ini, dia seperti seorang yang aku adore.

bermulanya program ini selama seminggu program ini dilangsungkan, aku sangat gembira walaupun tidak cukup tidur dan sebagainya. ada satu hari setelah aku mengetahui penat lelah squad kami semua bekrja untuk menjayakan program ini, ada satu suara yang mengguris hati aku, mungkin dia seorang yang cakap lepas, mereka menyertai salah satu acara yang program kami anjurkan, setelah habis program aku naik kebilik untuk membersihkan diri sedar tak sedar ada suatu suara yang mengatakan ada seorang kawan dia cakap yang program yang dianjurkan macam sampah, dan acara semua membosankan.

walaupun bukan aku yang incharge pasal program at least cakap sementara aku tiada, sangat menggurisnhati aku kerana aku tahu mereka yang menganjurkan sudah cuba sedaya upaya untuk menjayakan program tersebut walaupun ada masalah di saat-saat akhir. aku sangat marah, tapi aku tidak boleh tunjuk sebab aku perlu kuat, aku tersedar baru aku tahu bagaimana rasa orang yang buat program du luar sana mendapat cemuhan mesti sakit.

sepanjang program ini berlangsung aku mendapat banyak input yang amat berguna, lagi-lagi aku seorang student business boleh dapat banyak pembelajaran terutama sekali promotion. aku dapat belajar bagaimana company-company yang besar memasarkan produk mereka untuk dikenali ramai. Alhamdulillah untuk segalanya.

ini saja untuk kali ini.

aku nak bersiap untuk ke kelas.

 

gadisKismis Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review